728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Adakah Ini Permulaan Kepada Perpecahan Kesatuan Eropah. Kenapa?

Adakah Ini Permulaan Kepada Perpecahan Kesatuan Eropah. Kenapa?

Donald Trump semasa melawat padang golfnya di Scotland beberapa jam selepas keputusan referendum berpihak kepada Brexit jumaat lalu berkata meramalkan akan berlakunya perpecahan Kesatuan Eropah dan memberi amaran kepada Scotland risiko untuk mengadakan referendum keluar daripada UK adalah berbahaya.

Katanya “Selagi Kesatuan Eropah masih mengamalkan tangan terbuka terhadap imigran, negara-negara Eropah akan kehilangan prestij mereka. Dan saya yakin jika tiada masalah imigran ini, Kesatuan Eropah boleh terus menjadi kesatuan yang hebat. UK yang pertama, nanti akan ada negara lain akan turut serta keluar daripada EU ini.”

Donald Trump yang bakal bertanding untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat melancarkan kempennya dengan isu yang kontroversi iaitu imigrasi, termasuk akan menambah halangan di sempadan US-Mexico serta melaksanakan larangan Muslim untuk memasuki Amerika Syarikat.

Apabila ditanya berkaitan dengan pelarian, Trump menjawab “Saya tidak akan benarkan mereka masuk. Saya akan bantu mereka tetapi bukan dengan membawa masuk ke negara saya. Eropah kena buat perkara yang sama.”

Memetik isu Scotland, Trump memberi amaran kepada rakyat Scotland untuk tidak keluar daripada UK. Harga minya menurun dan pendapatan Scotland bergantung kepada harga minyak. Dan jika mereka keluar daripada UK, mereka akan menghadapi masalah yang besar.

Anti-EU di beberapa negara EU telah mula mencari jalan untuk mengadakan referendum untuk keluar daripada EU dan istilah-istilah negara keluar EU seperti Grexit dan Brexit mula memenuhi media sosial.

Antaranya adalah :

  1. France + Exit = Frexit
  2. Italy + Leave = Italeave
  3. Netherlands + Exit = Nexit

Kesan daripada Brexit, anti-EU di negara-negara tersebut semakin berpengaruh.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register