728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Broker Review / FXCM

Persediaan Trading Selepas Hari Raya, Ini Webinar Percuma Yang Anda Patut Sertai

Musim perayaan masih terasa bahangnya, tetapi saya sebagai seorang forex trader memang rasa amat lama dan rindu pada chart forex. Ya lah, hampir setiap hari menghadap chart. Tetapi bila musim perayaan saya sibuk dengan persediaan berhari raya dan balik kampung, jumpa sanak saudara tanpa menghiraukan aktiviti trading. Rasa macam lama pula, tetapi saya rasa sudah lengkap lebih 10 hari dari sebelum raya hingga sekarang saya tidak bertrading.

Jadi minggu ini saya cuba jenguk-jenguk kembali forex market, dan merangka pelbagai strategi untuk permulaan minggu trading pada minggu hadapan.

Hampir-hampir kita meraikan Aidilfitri tempoh hari, saya ada mengintai-intai sebuah lagi forex broker yang ternama untuk saya cuba manfaatkan tawaran dari segi keistimewaan trading oleh mereka. Sebelum ini saya dah biasa dengar tentang forex broker ini, memang antara forex broker yang gah, cuma saya belum kesempatan membahagikan akaun trading saya untuk mencuba broker ini. Saya juga kerap mencuba mana-mana forex broker dan melihat, apakah kelebihan yang mereka tawarkan untuk forex trader. Jika saya rasa bagus, dan banyak manfaat untuk forex trader, jadi saya akan cuba dan menulis di sini review tentangnya.

Kali ini saya mengambil keputusan untuk mencuba Forex Broker yang tidak asing lagi, iaitu FXCM. Saya baru tahu yang rupanya FXCM ada menawarkan banyak faedah untuk forex trader di Malaysia. Tanda keseriusan mereka untuk bersama forex trader di Malaysia, mereka menawarkan website alih bahasa ke dalam bahasa Malaysia. Jadi mudah dan senang faham.

ofis-broker-forex-malaysia

Bayangkan dalam banyak-banyak bahasa di dunia, mereka cuba juga tawarkan pilihan bahasa dalam bahasa Malaysia. Menjadi satu kebanggaan kita since FXCM adalah forex broker bertaraf dunia dan antara salah satu forex broker yang tersenarai di New York Stock Exchange, menggunakan alih bahasa ke bahasa Malaysia.

Taraf regulator tidak boleh dipersoalkan lagi sebab FXCM mempunyai regulator besar iaitu NFA dari US dan FCA dari UK. Jadi adalah penting untuk keselamatan dana dan hak perlindungan kita apabila menjadi seorang forex trader, jadi FXCM saya kira adalah broker terbaik untuk saya cuba selepas ini.

Ada satu perkara yang saya hendak “highlight” kepada semua pembaca MoshedFX.com, iaitu FXCM ada menawarkan webinar percuma. Apa itu webinar? Webinar adalah sistem pembelajaran berkonsep seminar yang mana anda boleh tonton melalui website atau secara online sahaja. Tak kisah anda berada di mana. Ketika instructor tengah mengajar, pada masa yang sama, anda akan boleh lihat screen komputer cikgu yang mengajar. Jadi ia ibarat seperti seminar terus melalui online, terus kepada anda.

Webinar ini di lancarkan dalam bahasa Malaysia dan ditawarkan secara PERCUMA untuk semua forex trader di Malaysia. Anda boleh rujuk dan daftar segera webinar ini kerana pada 28 Julai ini akan ada satu webinar bertajuk “Di Mana Sahaja dan Bila-bila Masa Sahaja anda Mempunyai Peluang untuk Trading”. Tajuk macam menarik, dan saya juga akan menyertai untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ini. Adakah mereka mendatangkan pakar untuk berkongsi teknik ? Perkongsian nota? Live trade ? Tak sabar juga untuk tahu.

Saya sebenarnya kerap mengikuti mana-mana webinar forex di internet untuk menambah ilmu. Ilmu perlu sentiasa di upgrade, walaupun kita sudah selesa dalam bidang ini.

Jika anda berminat, terus segera daftar, kerana penyertaan adalah terhad dan nanti saya juga akan turut sama join. Saya akan cuba kupaskan apa isi-isi penting webinar dari FXCM ini untuk perkongsian bersama anda. Jadi sesiapa yang join, bersama saya ke webinar ini akan lebih mudah faham.

Tarikh : 28 Julai 2015
Waktu : 8.30pm-9.00pm
Hari : Selasa
Keperluan : Tak perlu apa-apa. Ada PC/Laptop/Tablet/Smartphones dan Talian Internet, anda terus boleh ikuti webinar PERCUMA ini.
Kekosongan : Terhad. Daftar segera!
Info Webinar : Laman Webinar

Bagaimana nak sertai ?

  1. Daftar di sini > KLIK SINI UNTUK DAFTAR WEBINAR PERCUMA
  2. Nanti anda akan dihubungi oleh FXCM reminder untuk sertai webinar ini melalui email.
  3. Tempat sangatlah terhad! Saya cadangkan anda terus daftar dahulu tanpa berfikir panjang.

Saya akan menulis lagi tentang Broker FXCM ini selepas pengalaman menggunakannya. Nantikannya ya! 😀 Kerana akan ada sebuah projek saya akan jalankan bersama akaun broker ini.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register