Pertumbuhan PMI Sektor Perkhidmatan Dan Pembuatan Zon Eropah Sedikit Perlahan Pada Februari

0 355

Pertumbuhan perniagaan zon Eropah mencatat pertumbuhan yang perlahan berbanding jangkaan penganalisis. Namun bacaan ini masih lagi kukuh berikutan pengukuhan matawang dan harga yang masih tinggi.

Zon Eropah menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa sektor ekonomi pada tahun lepas dan sektor perniagaan juga mencatat pertumbuhan yang pantas dalam aktiviti tahun 2018.

Pada bulan lepas Purchasing Managers’ Index (PMI) mencatat pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 1 dekad. Walau bagaimanapun bacaan pada bulan ini sedikt tersasar.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh IHS Markit komposit PMI sektor pembuatan bagi zon eropah jatuh kepada bacaan 58.5 pada bulan ini. Bacaan ini tersasar daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan pada bacaan 59.2.

Bacaan data PMI sektor perkhidmatan zon Eropah juga mencatat kejatuhan kepada bacaan 56.7 berbanding bacaan jangkaan yang mensasarkan pada bacaan 57.7

Kejatuhan bacaan PMI adalah disebabkan peningkatan harga oleh syarikat-sayarikat.

Menurut pakar ekonomi, walaupun bacaan ini menunjukkan kejatuhan, namun ia masih berada paras yang stabil. Pengukuhan matawang juga berkemungkinan akan memberi impak kepada indeks tempahan eksport.

Matawang Euro sedikit menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.02% kepada 1.2334 setakat jam 5.50 p.m.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa