Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi

Petunjuk Ekonomi Utama China Naik 0.8%

Petunjuk Ekonomi Utama China Naik 0.8%

Petunjuk ekonomi utama China meningkat 0.80% pada Oktober berbanding 1.20% peningkatan pada bulan sebelum.

Selepas petunjuk utama ini jatuh 0.10% pada bulan Mei lepas, petunjuk ini meningkat setiap bulan sejak Mei berikutan pecutan dalam pertumbuhan ekonomi China sejak tiga bulan lepas.

Data PMI China pada Oktober ini lebih besar dari jangkaan walaupun peningkatan keseluruhan dalam pinjaman baru semakin perlahan. Pun begitu, ekonomi China masih mencatatkan peningkatan pinjaman baru pada September.

Secara keseluruhan, bukti ini menunjukkan ekonomi China mampu untuk mendapatkan momentum pada lewat suku ketiga dan data petunjuk ekonomi utama yang dikeluarkan boleh meningkatkan pertumbuhan pada suku keempat.

Selain itu, matawang Yuan yang lemah ini menunjukkan tren keseluruhan eksport dalam pasaran US walaupun Yuan tidak banyak berubah dalam perdagangan.

Masih banyak ketidaktentuan dalam keadaan ekonomi pada tahun 2017 terutamanya polisi yang menghalang kepada perdagangan dan sektor hartanah China yang mampu melembapkan pertumbuhan ekonomi.

 

Deutsche Bank: Trump Mampu Membawa Ekonomi US ke Tahap Tertinggi

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!