Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Pilihanraya Jepun: Tinjauan Media Menunjukkan Abe Kekal Berkuasa di Jepun

Pilihanraya Jepun: Tinjauan Media Menunjukkan Abe Kekal Berkuasa di Jepun

Pengumuman pilihan raya oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilihat berbaloi selepas media mengeluarkan jangkaan bahawa beliau akan menang selesa dalam pilihan raya yang bakal diadakan.

Tinjauan pilihanraya atau dari pungutan suara yang dibuat menunjukkan Abe akan mengekalkan jawatan beliau bagi penggal ketiga. Kempen awal telah bermula semalam dan beberapa calon akan membentangkan manifesto masing-masing. Setakat ini Abe dilihat calon yang lebih berpotensi untuk memenagi pilihanraya berbanding Yuriko Koike.

Keputusan untuk mengadakan pilihan raya setahun lebih awal ini berikutan ancaman Korea Utara yang seringkali melancarkan konfrontasi berhampiran Jepun dan situasi yang memihak kepada parti Abe.

Abe juga ingin mempercepatkan perlaksanaan polisi ekonomi beliau iaitu ‘Abenomics‘ bagi menjana ekonomi dan merangsang peningkatan upah pekerja. Polisi ini akan menekankan pelonggaran polisi monetari, perbelanjaan fiskal dan menjanjikan penstrukturan reformasi yang lebih terancang.

Walaubagaimanapun dalam tempoh 10 hari ini, apa-apa sahaja kemungkinan boleh terjadi, kerana ada beberapa kaji selidik pengundi yang masih belum dikeluarkan.

Namun, di hari pertama kempen dijalankan, perdana menteri Shinzo Abe telah mendapat tentangan yang hebat oleh Yuriko Koike bersama parti barunya Kibo no To atau Parti Harapan. Disamping itu, Koike juga menawarkan polisi yang menarik dengan menawarkan penghapusan tenaga nuklear, pembekuan peningkatan cukai jualan dan menamatkan diskriminasi kepada golongan homoseksual.

Koike merancang untuk menjual aset kerajaan dan mengurangkan perbelanjaan termasuk pekerjaan awam dan gaji kepada ‘lawmaker’. Katanya, tiada layanan yang istimewa kepada rakan-rakan di mana beliau merujuk kepada dakwaan bahawa Abe yang mengamalkan Kronisme.

Manifesto parti beliau iaitu ‘Party of Hope’ (Kibo no To) akan mengenakan cukai kepada syarikat-syarikat besar di seluruh negara yang akan membantu mengimbangkan fiskal kerajaan. Menurut tinjauan yang dibuat oleh Nikkei business daily, Parti Harapan dijangka bakal memenangi 69 kerusi.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!