728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

Pip vs USD : Yang mana perlu di dahulukan?

Pip vs USD : Yang mana perlu di dahulukan?

Ramai yang bertanyakan antara jumlah pip dan jumlah nilai dalam USD mana yang perlu di dahulukan? Yang mana perlu di buru oleh trader forex di Malaysia ini ? Soalan ni memang ramai yang inbox saya, tanya di facebook. Cuba anda teka, apa jawapan yang tepat kepada persoalan ini ?

belajar-forex-malaysia

Pada pandangan saya, ia bergantung kepada apa matlamat anda di dalam forex. Sebenarnya tiada beza pun anda menjadi pemburu pip atau USD sebab ia boleh diselaraskan untuk memenuhi matlamat anda di dalam forex. Ia bergantung kepada teknik anda. Seberapa banyak pip anda boleh dapat melalui sesuatu teknik tersebut.

telegram-moshed

Ramai trader forex yang memburu pip dikaitkan dengan trader forex mempunyai modal kecil. Tetapi tak juga, ada trader yang memburu USD tetapi mempunyai modal yang kecil juga. Ia sebenarnya berapa banyak pip mengikut teknik anda yang anda boleh dapat. Ada sesetengah orang dah biasa untuk dapatkan sehari 100 pip. Ada yang mencari 20 pip sehari. Dan ada pula yang mencari 100 pip sebulan. Ia sebenarnya berapa banyak untung yang anda boleh buat dengan selaraskan nilai pip dan ia berkaitan dengan MODAL sebenarnya.

Contoh ada trader yang sudah biasa trade 1 pip bersamaan 10 cent. Setiap hari dia dapat memperolehi 20 pip bersamaan 2 dollar. Dengan modal USD100, beliau mendapat 2% satu hari.

Satu hari akibat rasa penat letih jerih beliau mengadap chart forex sehari suntuk, beliau merasakan tidak berbaloi sehari mendapat 2 dollar sahaja. Jadi beliau pun mengubah trading strateginya kepada kebiasaan dapat 20 pip kepada nak lebih dari 20 pip. Keghairahan memburu pip akhirnya menjerat beliau apabila ketamakan memburu pip lebih mengundang kepada Margin Call akaun forex yang kecil itu. Beliau menjadi pemburu pip yang salah pada situasi ini.

Eksperimen dilakukan lagi. Beliau ubah pula nilai 10 cent ke 1 dollar per pip. Hajat hati untuk dapatkan sehari 20 dollar. Tetapi kali ini beliau panik pula ketika trading forex, semua menjadi tak kena, kerana nilai pip besar, dan beliau cemas dan takut modal yang sama seperti sebelum ini cepat MC. Nilai pip yang dikejar pula tidak dapat, dan mengundang lagi kepada Margin Call. Akaun tersebut mencecah level STOP OUT. Habis lagi modal. Beliau menjadi pemburu USD yang salah pada situasi ini.

Pada pendapat anda, apa yang perlu diubahnya ? Sebenarnya tindakan beliau betul, cuma perlu mengubah nilai modal pula kepada modal yang lebih besar agar percentage trading sama macam sebelum ini. Jika kebiasaan trade 10 cent dengan modal USD100. Kali ini beliau perlu ubah modal ke USD1000 jika perlu trade 1 dollar per pip. Supaya emosi tenang, rasanya sama dan lebih senang mengawal Money Management dalam forex.

Jadi di sini anda boleh lihat, tiada isu pip atau USD yang dikejar. Jika teknik anda sudah berjaya mendapatkan pip yang tetap, anda hanya perlu ubah nilai pip lot volume yang anda trade dan juga modal agar berkadaran. Ingat, forex trading ini adalah long term business dan bukan skim cepat kaya. Ia juga bukanlah seperti tikam nombor ekor. Jaga MM, trade dengan ilmu dan satu hari anda akan tersenyum disebalik usaha yang anda lakukan bertahun-tahun lamanya.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register