Platform Pertukaran Terbesar Matawang Kripto Korea Selatan Di Serbu Pihak Berkuasa

0 995

Berdasarkan laporan beberapa sumber, platform pertukaran terbesar matawang kripto Korea Selatan diserbu oleh pihak berkuasa dan agensi cukai pada minggu ini atas tuduhan mengelak pembayaran cukai.

Pentadbiran Coinhone (salah satu platform pertukaran terbesar matawang kripto) melaporkan bahawa teradapat beberapa pegawai daripada Jabatan Percukaian Negara menyerbu pejabat mereka pada minggu ini.

Selain itu, pihak polis juga campurtangan dalam melakukan siasatan terhadap syarikat Coinhone tersebut.

Bithumb yang merupakan platform pertukaran matawang kripto kedua terbesar juga menghadapi nasib yang sama apabila diserbu oleh badan percukaian pada hari Rabu semalam.

Selain itu, badan pentadbiran juga sedang menyiasat 6 perbankan Korea Selatan yang menyalurkan maklumat akaun semasa digital kepada institusi lain. Hal ini kerana dikhuatiri akan membawa kepada peningkatan kadar jenayah.

Terkini harga bitcoin berada paras $13,205.80 jatuh daripada paras tertinggi mingguan iaitu pada sekitar $17,712.00 yang dicapai pada beberapa hari lepas.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa