Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Sesi Eropah

PMI Sektor Pembuatan UK Merosot Kepada 56.7 Pada Mei

PMI Sektor Pembuatan UK Merosot Kepada 56.7 Pada Mei

Sektor pembuatan UK perlahan pada Mei yang ditunjukkan oleh indeks PMI yang jatuh kepada 56.7 dari paras tertinggi tiga tahun lalu 57.3 pada April. Namun, bacaan kali ini masih melebihi jangkaan pasaran 56.5 dan juga di atas purata jangka panjang.

Komponen tempahan baru semakin kukuh pada Mei, begitu juga dengan komponen pengeluaran. Tempahan eksport berkembang dengan kukuh walaupun terdapat kekecewaan dalam kadar pertumbuhan.

Peningkatan dalam pengeluaran adalah yang terpantas  di mana sektor pengguna dan pelaburan adalah sederhana. Tempahan yang belum dipenuhi meningkat pada kadar terpantas dalam masa enam tahun yang akan menyokong pengeluaran dalam masa terdekat.

Keyakinan terhadap pengeluaran dalam masa 12 bulan ke hadapan meningkat ke paras tertinggi 20 bulan lalu. Keyakinan ini juga disokong oleh peningkatan penghasilan pekerjaan yang tertinggi sejak Jun 2014.

Walaupun tekanan ke atas terhadap harga masih berterusan, kadar kenaikan semakin perlahan dari paras awal 2017 dengan nilai Sterling yang semakin stabil.

Data secara keseluruhan akan mengekalkan keyakinan dalam sektor pembuatan dengan pertumbuhan yang kukuh beberapa bulan lagi. Implikasi kepada polisi monetari masih neutral dengan data sektor perkhidmatan akan terus diperhatikan dengan teliti minggu depan.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!