728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Artikel Umum

Pokemon Go adalah permulaan baru kepada dunia ekonomi dan ada yang takut dengan kesannya!

Pokemon Go adalah permulaan baru kepada dunia ekonomi dan ada yang takut dengan kesannya!

Nama Pokemon memberi satu aura nostalgia yang sangat mendalam terutama dikalangan mereka yang lahir pada tahun 80an dan ke atas.

Masihkah anda ingat permainan Pokemon di gameboy, mengumpul dan bertukar kad Pokemon serta melihat rancangan kartun Pokemon di televisyen? Masih ingatkah anda tentang cita-cita ingin menjadi Pokemon Master untuk catch’em all?

Sejak permainan Pokemon Go boleh didapatkan secara percuma dengan hanya memuat turun app, bolehlah kita merealisasikan impian di zaman kanak-kanak kita untuk menjadi Pokemon Master seperti Ash Ketchum.

telegram-moshed

Tahukah anda, Pokemon Go bukan sahaja menjadi kegilaan ramai rakyat di US, malah turut memberi impak besar kepada saham Nintendo di Jepun!

Saham Nintendo

Saham Nintendo

Saham Nintendo telah melonjak tinggi dan kali terakhir ia berlaku adalah pada 1983. Sekarang, saham Nintendo naik sebanyak 70%. Keuntungan dari Pokemon Go untuk hari pertama sahaja dianggarkan sekitar 400 juta ke 500 juta yen ($3.9 juta ke $4.9 juta).

Tetapi, untuk memastikan Pokemon Go memberi keuntungan kepada syarikat Nintendo, Pokemon Go masih perlu membuat keuntungan minima sebanyak 15 bilion ke 20 bilion yen ($140 juta ke $196 juta) sebulan. Maka, Pokemon Go perlu mengekalkan kedudukan tertinggi dikalangan senarai aplikasi muat turun di app store.

Sambil menunggu kehadiran Pokemon Go di Malaysia, apa kata anda baca beberapa fakta menarik tentang permainan ini.

  1. Pengguna setiap hari Pokemon Go sudah melangkaui Twitter dan sudah juga mengalahkan Facebook dari segi kekerapan interaksi sosial.
    Pengguna Pokemon Go yang meningkat dengan cepat

    Pengguna Pokemon Go yang meningkat dengan cepat

  2. Polis melihat Pokemon Go sebagai berbahaya kerana sudah terdapat beberapa kemalangan akibat khusyuk bermain Pokemon Go. Setakat ini insiden yang melibatkan Pokemon Go adalah :
    1. 2 orang lelaki terjatuh gaung
    2. Remaja 15 tahun dilanggar kereta
    3. 2 remaja ditembak kerana menceroboh kawasan persendirian
    4. 3 remaja terjumpa kawasan loji nuklear
Larangan menceroboh menangkap Pokemon

Larangan menceroboh menangkap Pokemon

3. Aplikasi Pokemon Go menggunakan banyak bateri smartphone anda. (#RIPbatteryphone)

Pokemon GO menggunakan 84% bateri

Pokemon GO menggunakan 84% bateri

  1. Pokemon Go menggalakan anda untuk meneroka kawasan sekitar anda dengan menggunakan kemudahan awam dan berjalan kaki.

Lagi larangan menceroboh

5. Kedai-kedai kecil dan terpencil mendapat perhatian dan jualan meningkat akibat pemain Pokemon Go yang lalu lalang.

Model Bisnes Pokemon Go adalah pengiklanan untuk tempat

6. Pokemon Go antara permainan unik yang memerlukan anda keluar dari rumah secara fizikal dan bukan bermain di depan skrin sambil goyang kaki di rumah sahaja.

Memandangkan Pokemon Go masih belum boleh dimuat turun di Malaysia, senarai di atas adalah satu anggaran sahaja tentang efek yang bakal terjadi apabila rakyat Malaysia mula bermain Pokemon Go.

Apakah kesan Pokemon Go kepada Ekonomi?

Pokemon Go sama sekali telah memberi kesan kepada ekonomi Amerika Syarikat. Apabila kita lihat kembali di manakah sektor Pokemon Go terletak, ia akan merujuk kepada sektor teknologi.

Jadi daripada sini kita dapat tahu bahawa sektor teknologi di sana sangat kuat pengaruhnya dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi sektor lain.

Sebelum ini apabila kita mahu meluangkan masa bersama kawan atau keluarga, kita akan ke pusat boling, shopping mall dan lokasi-lokasi lain.

Berbeza dengan Pokemon Go, kita akan scattered around tempat yang lebih rare untuk menangkap pokemon yang unik seperti Slopoke!

Jadi sektor jualan runcit akan menerima kesan yang kurang baik.

Selain daripada itu, produktiviti pekerja juga akan dipengaruhi oleh Pokemon Go kerana ia akan menjadi sebahagian daripada hidup mereka dan ini boleh menyebabkan mereka hilang tumpuan untuk bekerja.

Antara yang lain adalah, jumlah wang yang masuk ke dalam Pokemon Go setiap hari adalah $1 juta dan ini dilihat sebagai perkembangan ekonomi yang tidak rata.

Penulis CNBC mengulas, kesan daripada Pokemon Go boleh mengakibatkan perlahannya pertumbuhan ekonomi dan pemotongan interest rate.

Penangan Pokemon Go ini tidak kurangnya drastik ya

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register