Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / NZD/USD

Potongan Kadar Menunjukkan Kesan Positif kepada Inflasi New Zealand

Potongan Kadar Menunjukkan Kesan Positif kepada Inflasi New Zealand

Gabenor Bank Pusat New Zealand (RBNZ), Graeme Wheeler menjangkakan inflasi pengguna akan bergerak semula ke paras sasaran pada Disember berikutan kadar faedah yang berada di paras terendah yang telah memberikan tekanan menaik kepada harga pengguna.

Indeks Harga Pengguna (CPI) di Wellington meningkat hanya 0.2% pada suku ketiga dengan peningkatan 0.4% pada suku kedua. RBNZ juga tidak akan teragak-agak utnuk melonggarkan polisi monetarinya. Untuk rekod RBNZ telah memotong kadar (cash rate) sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 pada 10 November lepas.

Gabenor Wheeler menyampaikan ucapannya di dalam Parliament Select Committee di Wellington. Komen kali ini selepas RBNZ membentangkan laporan kestabilan kewangan yang mana menunjukkan kebimbangan terhadap pasaran perumahan di New Zealand.

Keseluruhan nisbah hutang isirumah kepada pendapatan boleh guna (household debt-to-disposable income ratio) juga sedang berada di paras tertinggi. Menurut RBNZ, ,masih ada risiko kepada tekanan kenaikan  harga perumahan jika masih terdapat ketidakstabilan dalam permintaan dan penawaran rumah.

Pada 1 Oktober lepas satu penguatkuasaan undang-undang telah dijalankan untuk mengurangkan pinjaman kepada pelabur-pelabur hartanah, yang akan memberikan kesan kepada tekanan penurunan harga pasaran perumahan. Walau bagaimanapun, RBNZ masih bimbang dengan risiko yang akan dibawa oleh pinjaman kepada pengguna dengan nisbah hutang yang tinggi berbanding pendapatan (debt to income, DTI).

Dalam ucapan Wheeler ini, tiada respon pantas daripada pasaran kewangan. Dolar New Zealand bergerak dalam keadaan tenang berbanding US dolar.

 

Gabenor Poloz: Sektor Perkhidmatan Pemacu Utama Ekonomi Kanada

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!