Share This Post

EUR/USD / Forex dan Komoditi / GBP/USD / Sesi Eropah

Pound dan Euro Mula Melonjak Tinggi!

Pound dan Euro Mula Melonjak Tinggi!

Sterling melonjak lebih tinggi selepas data UK menunjukkan tiada perubahan dalam kadar pengangguran di UK. Angka itu kekal tidak berubah dalam tempoh 3 bulan sehingga Ogos lalu. Data ini juga menunjukkan bahawa Brexit masih tidak memberi kesan kepada pasaran buruh.

Pound naik 0.19% kepada 1.2324.

GBP/USD, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

Kadar pengangguran kekal stabil pada 4.9% antara bulan Jun hingga Ogos menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK.

Pun begitu, kadar pertumbuhan pekerjaan baru dicatat melemah bagi tempoh 3 bulan.

Menurut ONS, bilangan tuntutan pengangguran awal pula hanya mencatat peningkatan sebanyak 700 pekerjaan kepada 776,400 bagi bulan September.

Pertumbuhan gaji bagi Jun hingga Ogos juga kekal stabil.

Lain-lain data iaitu jumlah pendapatan termasuk bonus dan jumlah pendapatan tidak termasuk bonus turut sama melonjak dalam laporan itu.

Data ini dikeluarkan sehari selepas data rasmi menunjukkan bahawa kos sara hidup di UK meningkat dalam kadar terpantas bagi tempoh 22 bulan.

Sterling jatuh sekitar 20% dan Euro jatuh 16% berbanding US Dollar semenjak undian Brexit.

Awal sesi dagangan hari ini menyaksikan bahawa Pound telah merosot berbanding Greenback.

Euro pula tidak banyak berubah berbanding matawang GBP, namun meningkat berbanding US Dollar.

EUR/USD, 30 minit

EUR/USD, 30 minit

Kenapa News-News Besar Kadang-Kala Membuat Ramai Trader Putih Mata? 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register