Prestasi Aussie Berbanding US Dolar Hari Ini Tidak Harus Diketepikan

0 1

Matawang Aussie dicatat lebih tinggi berbanding US Dolar pada hari Isnin. New Zealand Dolar diberitakan stabil sementara kebanyakan pelabur menanti hasil mesyuarat Fed dan BoJ minggu ini.

AUD/USD meningkat 0.23% kepada 0.7842, masih hampir ke paras terendah dalam tempoh 2 setengah minggu.

AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit

Setelah data Amerika Syarikat yang meyakinkan dikeluarkan, ia secara tidak langsung menyokong kenaikan kadar oleh bank pusat dalam masa terdekat.

Walaupun kebanyakan pelabur meramalkan Fed akan mengekalkan dasar monetari pada minggu ini, hal ini masih memberi petunjuk kepada kenaikan kadar pada masa depan.

NZD/USD telah sedikit berubah kepada 0.6995, tidak jauh dari angka terendah yang dicatat dalam tempoh 1 setengah bulan, 0.6948.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dolar Amerika Syarikat bebrbanding sekumpulan wajaran perdagangan 6 mata wang utama, adalah stabil pada 97.41. Angka ini menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa