[PREVIEW] News Besar Bank of England – Kadar Faedah Dijangka Naik 0.25%

0 868

Bank of England (BOE) akan mengumumkan dasar monetari terbarunya pada pukul 7 petang hari Khamis di mana kadar faedah dijangka akan dinaikkan daripada 0.50% kepada 0.75%. Kebarangkalian kenaikan ini berada pada paras tertingggi dengan potensi kenaikan kadar sebanyak 90% setakat ini.

Dengan jangkaan yang begitu tinggi, undian oleh ahli BOE akan menjadi perhatian pasaran. Selain itu, laporan inflasi juga akan diteliti dengan unjuran terhadap data ekonomi akan menjadi perhatian pasaran khususnya inflasi.

Jika, jangkaan pasaran menjadi kenyataan, kadar faedah akan berada di paras tertinggi dalam tempoh hampir 10 tahun. Namun, bank pusat dijangka akan memberikan komen yang dovish dengan mengatakan kenaikan kadar faedah akan diteruskan dalam keadaan terhad dan beransur-ansur.

Dalam unjuran ekonomi yang dikeluarkan, BOE akan mengeluarkan unjuran terbaru terhadap pertumbuhan ekonomi (GDP) dan inflasi (CPI) bagi empat tahun akan datang. Pasaran menjangka tiada perubahan terhadap unjuran GDP di mana ekonomi dijangka kekal bertumbuh 1.40%.

Tumpuan adalah kepada unjuran inflasi dengan tekanan harga di peringkat global semakin tinggi. Unjuran inflasi yang lebih tinggi daripada sebelum ini akan memberi kesan kepada pengukuhan matawang GBP.

Dengan jangkaan yang tinggi kepada kenaikan kadar faedah – Pengesahan kenaikan tersebut tidak akan memberi kesan besar kepada pergerakan GBP dengan andaian pembolehubah lain tidak berubah. Oleh itu, tumpuan lebih kepada kombinasi undian dasar monetari dan juga unjuran terhadap data ekonomi.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa