Preview News Besar ECB Malam Ini: Kejutan Oleh Draghi, Matawang EURO Bakal Volatile

0 1,187

Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) dijangka akan mengekalkan dasar monetarinya selepas mesyuarat ahli-ahli ECB pada Khamis. Jangkaan ini dibuat selepas bank pusat telah mendedahkan perancangan dasar monetari dalam mesyuarat pada bulan Jun yang lalu.

Bank pusat dalam mesyuarat sebelum ini mengumumkan pengurangan amaun pembelian bon kepada hanya 15 billion Euro dan akan ditamatkan pada penghujung Disember 2018.

Bank pusat malam ini dijangka akan mengekalkan kadar pembiayaan pada sifar peratus dan kadar deposit pada -0.40% di mana kadar ini akan kekal sehingga musim panas tahun 2019 seperti yang dikatakan oleh Draghi.

Pasaran terlebih dahulu akan memberi tumpuan kepada kenyataan awal polisi monetari yang akan dikeluarkan pada pukul 7.45 malam ini dan diikuti dengan sidang media Presiden Mario Draghi iaitu Gabenor ECB pada pukul 8.30 malam.

Tumpuan Pasaran – Isyarat Lebih Jelas Kenaikan Kadar Faedah

Bank pusat Eropah dalam mesyuarat sebelum ini telah menggariskan strategi tapering iaitu pengurangan amaun pembelian bon. Dalam masa yang sama menegaskan kadar faedah akan kekal sehingga musim panas tahun depan.

Dengan inflasi kini bergerak di sekitar 2.0% dan inflasi-teras (Core-CPI) pada kadar 0.90% – Bank pusat Eropah ini dilihat tidak terburu-terburu untuk menaikkan kadar faedahnya.

Persoalan – apakah maksud spesifik musim panas?

Musim panas biasanya bermula pada bulan Jun sehingga penghujung bulan September. Berdasarkan komen yang diberikan, Draghi tidak menyatakan secara spesifik bilakah tarikh musim panas tersebut. Oleh itu, ia boleh jadi bulan Jun, Julai, atau September.

Sejak daripada mesyuarat Jun, terdapat perdebatan tentang perkara ini, di mana sesetengah ahli ECB melihat kenaikan seawal Jun. Oleh itu, pasaran akan menumpukan kepada tarikh spesifik yang mungkin diberikan oleh bank pusat pada malam ini.

Apa yang boleh kita jangkakan daripada Draghi?

Mario Draghi akan menjelaskan keadaan semasa ekonomi di Zon-Eropah berdasarkan data-data terbaru yang dikeluarkan. Kita juga boleh menjangka, Draghi akan berkata kebergantungan ECB terhadap data-data ekonomi dalam menggubal dasar monetari.

Jangkaan pasaran ketika ini adalah ECB akan menaikkan kadar faedahnya pada bulan September 2019. Jika Draghi memberi isyarat kenaikan lebih awal daripada itu, ia akan dinilai sebagai komen yang berbaur hawkish dan akan melonjakkan matawang Euro.

Kebiasaan Draghi dalam sidang media

Draghi sejak daripada beberapa tahun lalu dilihat sebagai seorang Gabenor yang suka memberi komen dovish terhadap matawang Euro. Oleh itu, pasaran secara keseluruhan tidak menjangka komen yang hawkish secara keseluruhan oleh Draghi pada malam ini.

Dengan jangkaan ini, sebarang komen hawkish akan menyebabkan jangkaan pasaran meleset dan menyebabkan lonjakan matawang Euro.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa