Preview News Besar NFP : 5 Kemungkinan yang Akan Berlaku Malam Ini

0 2,363

Data pekerjaan bulanan Amerika Syarikat (NFP) akan menjadi tumpuan utama dagangan pada hari Jumaat. Data akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam.

Ada tiga data pekerjaan yang akan dikeluarkan pada malam ini iaitu Average hourly earnings (kadar gaji), Non-Farm employment change (perubahan jumlah pekerjaan) dan Unemployment rate (kadar pengangguran).

Sejak akhir-akhir ini, data pendapatan (earnings) menjadi semakin penting kerana menjadi petunjuk kepada potensi kenaikan kadar faedah lebih-lebih lagi The Fed dalam fasa pengetatan polisi.

Seperti semua tahu, jangkaan pasaran terhadap data ini perlu diteliti terlebih dahulu.

Berikut merupakan jangkaan pasaran bagi data-data kali ini:
  • Average hourly earnings dijangka meningkat kepada 0.3% sama dengan kenaikan data sebelum ini yang meningkat 0.3%.
  • 195,000 pekerjaan baru dijangka akan bertambah pada Jun 2018 berbanding tambahan 223,000 pekerjaan pada bulan Mei.
  • Kadar pengangguran dijangka kekal 3.8% iaitu paras terbaik sejak 18 tahun yang lalu.

Ada beberapa petunjuk yang boleh dipertimbangkan sebagai gambaran kepada data sebenar ketiga-tiga data pekerjaan malam ini. Antaranya adalah:

ISM manufacturing PMI

Data ini lebih mudah disebut sebagai indeks sektor pembuatan Amerika Syarikat yang mengukur aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan US. Bacaan indeks pembuatan untuk bulan Jun meningkat kepada 60.2 berbanding sebelum ini 58.7. Bacaan komponen dalam indeks ini yang perlu diberi perhatian adalah indeks pekerjaan (employment index) yang meleset kepada 56.0 berbanding 56.3 sebelum ini.

ISM non-manufacturing PMI

Ini adalah indeks sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat yang mewakili sejumlah besar aktiviti ekonomi secara keseluruhan di negara ini. Oleh itu, data ini lebih penting berbanding dengan data ISM manufacturing PMI. Bacaan terkini indeks meningkat kepada 59.1 daripada 58.6 sebelum ini. Indeks pekerjaan sektor ini pula merosot kepada 53.6 berbanding 54.1 sebelum ini.

ADP-NFP

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja AS yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc). Manakala data NFP malam ini dikeluarkan sendiri oleh Jabatan Buruh AS yang mengira perubahan tenaga kerja dalam sektor kerajaan dan swasta.

Data ADP pada Khamis merekodkan tambahan 177,000 pekerjaan kurang daripada jangkaan pasaran 191,000.

Namun, harus diingat data ADP-NFP untuk bulan-bulan yang lalu juga seringkali menunjukkan bacaan yang tidak sejajar dengan bacaan NFP. Sebab itu, sebagai retail-trader (pedagang runcit) kita tidak boleh terlalu bergantung kepada bacaan-bacaan petunjuk seperti ADP-NFP untuk meramalkan NFP.

Kesan kepada US Dolar

Pasaran akan meneliti bacaan Average Hourly Earnings atau secara mudahnya ‘kadar gaji’. Dengan pasaran menjangka kenaikan kadar gaji 0.3%, ia akan memberi kesan negatif kepada US dolar jika data sebenar malam ini meleset daripada angka itu.

Untuk melihat kesan data ini kepada US dolar, kita perlu melihat bagaimana data malam ini boleh memberi kesan kepada polisi monetari The Fed. Dengan jangkaan dua lagi kenaikan kadar faedah tahun ini, data proksi kepada inflasi iaitu Average Hourly Earnings akan menjadi tumpuan pasaran.

Tumpuan The Fed ketika ini adalah data inflasi dengan andaian bahawa pasaran pekerjaan kekal kukuh. Minit mesyuarat yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan ahli-ahli FOMC menyokong kepada kenaikan kaar faedah di masa akan datang.

Unjuran tiga kali kenaikan kadar faedah seakan pasti menjadi kenyataan dengan pasaran ketika ini membuat spekulasi bahawa kadar akan dinaikkan sebanyak empat kali pada tahun ini.

Peningkatan data Average Earnings melebihi jangkaan 0.3% sudah pasti meningkatkan lagi potensi kepada jangkaan pasaran ketika ini.

4 Senario yang mungkin terjadi kepada GBP/USD

Walaupun dengan tambahan pekerjaan yang positif berbanding jangkaan, namun jika data gaji meleset, ia akan menyebabkan kenaikan awal US dolar tidak kekal lama.

Dengan jangkaan data NFP sebanyak 195,000 pekerjaan, bacaan dalam julat 150,000 sehingga 200,000 dilihat tidak banyak memberi kesan kepada kelemahan US dolar dengan andaian ceteris-paribus (pembolehubah lain tidak berubah).

#1 Pertama (USD/JPY Naik): Jika data pekerjaan melebihi 195,000 dan data kadar gaji melebihi jangkaan 0.3% atau naik lebih daripada itu, pasaran dijangka akan melihat pengukuhan US dolar.

#2 Kedua (USD/JPY Jatuh): Jika data pekerjaan meleset jauh daripada 195,000 contohnya dengan bacaan 150,000 dengan kombinasi kadar gaji yang hanya merekod kenaikan 0.2% atau kurang daripada itu, kita akan melihat USD/JPY jatuh sejurus data dikeluarkan.

#3 Ketiga (USD/JPY spike ke atas kemudian Bearish): Jika data pekerjaan melebihi 195,000 tetapi dengan data gaji meleset daripada jangkaan 0.3%, contohnya hanya merekodkan kenaikan 0.2%. Sebarang spike ke atas oleh USD/JPY berkemungkinan diikuti dengan kejatuhan selepas itu.

#4 Keempat (USD/JPY spike ke bawah kemudian Bullish): Jika data pekerjaan kurang daripada 195,000 lebih-lebih lagi di bawah 150,000 dengan kombinasi data gaji lebih daripada 0.3%. Sebarang spike ke bawah akan diikuti dengan kenaikan selepas itu.

#5 Namun, ada kemungkinan kesemua senario di atas tidak berlaku kerana risiko tariff perdagangan antara Amerika dan China pada hari ini.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa