[Preview] News Besar NFP Malam Ini, Nak Buy ke Nak Sell?

0 1,836

Seperti biasa, tumpuan pasaran pada Jumaat pertama setiap bulan adalah kepada data pekerjaan bulanan Amerika Syarikat (NFP). Data ini akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini.

Terdapat tiga data pekerjaan yang akan dikeluarkan iaitu Average hourly earnings (kadar purata gaji), Non-Farm employment change (perubahan jumlah pekerjaan) dan Unemployment rate (kadar pengangguran).

Sejak akhir-akhir ini, data pendapatan (earnings) menjadi semakin penting kerana menjadi petunjuk kepada potensi kenaikan kadar faedah The Federal Reserve.

Seperti semua tahu, jangkaan pasaran terhadap data ini perlu diteliti terlebih dahulu.

Berikut merupakan jangkaan pasaran bagi data-data kali ini:
  • Average hourly earnings dijangka meningkat kepada 0.3% (September) lebih rendah daripada 0.4% yang dicatat sebelum ini (Ogos).
  • 185,000 pekerjaan baru dijangka akan bertambah pada September 2018 berbanding tambahan 201,000 pekerjaan sebelum ini.
  • Kadar pengangguran dijangka berkurangan (baik) kepada 3.8% berbanding 3.9% pada bulan Ogos.

Ada beberapa petunjuk yang boleh dipertimbangkan sebagai gambaran kepada data sebenar ketiga-tiga data pekerjaan malam ini. Antaranya adalah:

ISM manufacturing PMI

Data ini lebih mudah disebut sebagai indeks sektor pembuatan Amerika Syarikat yang mengukur aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan US. Bacaan indeks pembuatan untuk bulan September merosot kepada 59.8 berbanding sebelum ini 61.3. Bacaan komponen dalam indeks ini yang perlu diberi perhatian adalah indeks pekerjaan (employment index) yang meningkat kepada 58.8 berbanding 58.5 sebelum ini.

ISM non-manufacturing PMI

Ini adalah indeks sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat yang mewakili sejumlah besar aktiviti ekonomi secara keseluruhan di negara ini. Oleh itu, data ini lebih penting berbanding dengan data ISM manufacturing PMI. Bacaan indeks bukan-pembuatan untuk bulan Oktober meningkat kepada 61.6 berbanding sebelum ini 58.5. Bacaan komponen dalam indeks ini yang perlu diberi perhatian adalah indeks pekerjaan (employment index) yang meningkat kepada 62.4 berbanding 56.7 sebelum ini.

ADP-NFP

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja AS yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc). Manakala data NFP malam ini dikeluarkan sendiri oleh Jabatan Buruh AS yang mengira perubahan tenaga kerja dalam sektor kerajaan dan swasta.

Data ADP pada Rabu merekodkan tambahan 230,000 pekerjaan kurang daripada jangkaan pasaran 185,000.

Namun, harus diingat data ADP-NFP untuk bulan-bulan yang lalu juga seringkali menunjukkan bacaan yang tidak sejajar dengan bacaan NFP. Sebab itu, sebagai retail-trader (pedagang runcit) kita tidak boleh terlalu bergantung kepada bacaan-bacaan petunjuk seperti ADP-NFP untuk meramalkan NFP.

Kesan kepada US Dolar

Pasaran akan meneliti bacaan Average Hourly Earnings atau secara mudahnya ‘kadar gaji’. Dengan pasaran menjangka kenaikan kadar gaji 0.3%, ia akan memberi kesan negatif kepada US dolar jika data sebenar malam ini meleset daripada angka itu.

Untuk melihat kesan data ini kepada US dolar, kita perlu melihat bagaimana data malam ini boleh memberi kesan kepada polisi monetari The Fed. Dengan jangkaan satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini, data proksi kepada inflasi iaitu Average Hourly Earnings akan menjadi tumpuan pasaran.

Tumpuan The Fed ketika ini adalah data inflasi dengan andaian bahawa pasaran pekerjaan kekal kukuh. The Fed menaikkan kadar faedah ke paras 2.25% baru-baru ini di mana bank pusat menggugurkan perkataan “accomodative” dalam kenyataan awalnya.

Peningkatan data Average Earnings melebihi jangkaan 0.3% sudah pasti meningkatkan lagi potensi kepada jangkaan pasaran ketika ini.

4 Senario yang mungkin terjadi kepada USD/JPY

Walaupun dengan tambahan pekerjaan yang positif berbanding jangkaan, namun jika data gaji (Average earnings) meleset, ia akan menyebabkan kenaikan awal US dolar berkemungkinan tidak kekal lama.

Dengan jangkaan data NFP sebanyak 185,000 pekerjaan, bacaan dalam julat 140,000 sehingga 185,000 dilihat tidak banyak memberi kesan kepada kelemahan US dolar dengan andaian ceteris-paribus (pembolehubah lain tidak berubah).

#1 Pertama (USD/JPY Naik): Jika data pekerjaan melebihi 185,000 dan data kadar gaji melebihi jangkaan 0.3%, pasaran dijangka akan melihat pengukuhan US dolar.

#2 Kedua (USD/JPY Jatuh): Jika data pekerjaan meleset jauh daripada 185,000 contohnya dengan bacaan 120,000 dengan kombinasi kadar gaji yang hanya merekod kenaikan 0.2% atau kurang daripada itu, kita akan melihat USD/JPY jatuh sejurus data dikeluarkan.

#3 Ketiga (USD/JPY spike ke atas kemudian Bearish): Jika data pekerjaan melebihi 185,000 tetapi dengan data gaji meleset daripada jangkaan 0.3%, contohnya hanya merekodkan kenaikan 0.2% atau kurang. Sebarang spike ke atas oleh USD/JPY berkemungkinan diikuti dengan kejatuhan selepas itu.

#4 Keempat (USD/JPY spike ke bawah kemudian Bullish): Jika data pekerjaan kurang daripada 185,000 dengan kombinasi data gaji lebih daripada 0.3%. Sebarang spike ke bawah berkemungkinan diikuti dengan kenaikan selepas itu.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa