Preview News Besar NFP Yang Akan Dikeluarkan Pukul 8.30 Malam Ini

0 1,256

Data pekerjaan bulanan Amerika Syarikat (NFP) akan menjadi tumpuan utama dagangan pada hari Jumaat. Data akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam.

Ada tiga data pekerjaan yang akan dikeluarkan pada malam ini iaitu Average hourly earnings (kadar gaji), Non-Farm employment change (perubahan jumlah pekerjaan) dan Unemployment rate (kadar pengangguran).

Sejak akhir-akhir ini, data pendapatan (earnings) menjadi semakin penting kerana kebimbangan pasaran terhadap kenaikan kadar inflasi.

Seperti semua tahu, jangkaan pasaran terhadap data ini perlu diteliti terlebih dahulu.

Berikut merupakan jangkaan pasaran bagi data-data kali ini:
  • Average hourly earnings dijangka meningkat kepada 0.2% berbanding dengan data sebelum ini yang meningkat 0.1%.
  • 189,000 pekerjaan baru dijangka akan bertambah pada Mei 2018 berbanding tambahan 164,000 pekerjaan pada bulan April.
  • Kadar pengangguran dijangka kekal 3.9% iaitu paras terbaik sejak 18 tahun yang lalu.

Ada beberapa petunjuk yang boleh dipertimbangkan sebagai gambaran kepada data sebenar ketiga-tiga data pekerjaan malam ini. Antaranya adalah:

Indeks ISM PMI untuk sektor pembuatan (manufacturing) dan bukan-pembuatan (non-manufacturing) untuk data kali ini akan dikeluarkan selepas pengumuman data NFP pada malam ini. Oleh itu, kita tidak dapat merujuk kepada kedua-dua data ini yang biasanya dijadikan sebahagian petunjuk kepada data NFP.

ADP-NFP

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja AS yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc). Manakala data NFP malam ini dikeluarkan sendiri oleh Jabatan Buruh AS yang mengira perubahan tenaga kerja dalam sektor kerajaan dan swasta.

Data ADP pada Rabu merekodkan tambahan 178,000 pekerjaan kurang daripada jangkaan pasaran 191,000.

Namun, harus diingat data ADP-NFP untuk bulan-bulan yang lalu juga seringkali menunjukkan bacaan yang tidak sejajar dengan bacaan NFP. Sebab itu, sebagai retail-trader (pedagang runcit) kita tidak boleh terlalu bergantung kepada bacaan-bacaan petunjuk seperti ADP-NFP untuk meramalkan NFP.

Kesan kepada US Dolar

Pasaran akan meneliti bacaan Average Hourly Earnings atau secara mudahnya ‘kadar gaji’. Dengan pasaran menjangka kenaikan kadar gaji 0.2%, ia akan memberi kesan negatif kepada US dolar jika data sebenar malam ini meleset daripada angka itu.

Untuk melihat kesan data ini kepada US dolar, kita perlu melihat bagaimana data malam ini boleh memberi kesan kepada polisi monetari The Fed. Dengan jangkaan dua lagi kenaikan kadar faedah tahun ini, data proksi kepada inflasi iaitu Average Hourly Earnings akan menjadi tumpuan pasaran.

Tumpuan The Fed ketika ini adalah data inflasi dengan andaian bahawa pasaran pekerjaan kekal kukuh. Dengan unjuran tiga kali kenaikan kadar faedah tahun ini, ahli The Fed perlu melihat tren inflasi di Amerika Syarikat bagi menyokong unjuran tersebut. Oleh itu, Average Hourly Earnings adalah fokus pasaran malam ini.

Namun, kenaikan tiga kali kenaikan kadar faedah itu seakan pasti menjadi kenyataan. Pasaran ketika ini sedang mencari jawapan sama ada Fed akan lebih aggresif dari segi pengetatan polisi? Adakah Fed akan kekal dengan unjuran tiga kali kenaikan atau empat kali pada tahun ini?

Peningkatan data Average Earnings melebihi jangkaan 0.2% sudah pasti menimbulkan harapan untuk Fed menaikkan kadar faedah lebih banyak iaitu empat kali pada tahun ini.

4 Senario yang mungkin terjadi kepada GBP/USD

Walaupun dengan tambahan pekerjaan yang positif berbanding jangkaan, namun jika data gaji ini meleset, ia akan menyebabkan kenaikan awal US dolar tidak kekal lama.

Dengan jangkaan data NFP sebanyak 189,000 pekerjaan, bacaan dalam julat 140,000 sehingga 189,000 dilihat tidak banyak memberi kesan kepada kelemahan US dolar dengan andaian ceteris-paribus (pembolehubah lain tidak berubah).

Pertama (GBP/USD Jatuh): Jika data pekerjaan melebihi 189,000 dan data kadar gaji melebihi jangkaan 0.2% atau naik lebih daripada itu, pasaran dijangka akan melihat kejatuhan GBP/USD.

Kedua (GBP/USD Naik): Jika data pekerjaan meleset jauh daripada 189,000 contohnya dengan bacaan di bawah 120,000 dengan kombinasi kadar gaji yang hanya merekod kenaikan 0.1% atau kurang daripada itu, kita akan melihat kenaikan GBP/USD.

Ketiga (GBP/USD lemah pada mulanya kemudian BULLISH): Jika data pekerjaan melebihi 189,000 tetapi dengan data gaji meleset daripada jangkaan 0.2%, contohnya hanya merekodkan kenaikan 0.1%. Sebarang kelemahan GBP/USD akan diikuti dengan kenaikan selepas itu.

Keempat (GBP/USD kuat pada mulanya kemudian BEARISH): Jika data pekerjaan kurang daripada 190,000 lebih-lebih lagi di bawah 120,000 dengan kombinasi data gaji lebih daripada 0.2%, Sebarang kekuatan GBP/USD akan diikuti dengan penurunan selepas itu.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa