Preview News Besar US Dolar – Non-Farm Payroll (NFP) Amerika Syarikat

0 2,338

Anda semua mesti ternanti-nanti dengan data NFP malam ini kan? Bagi yang suka trade news NFP tu dinasihati supaya buat analisis yang lengkap dan biar benar-benar yakin sebelum masuk position sell atau buy.

Jika kita berkata tentang data NFP, sudah pasti matawang tumpuan adalah US dollar. NFP tu stand for ‘Non Farm Payroll’ iaitu salah satu daripada data pekerjaan Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan malam ini. Untuk pengetahuan anda semua, ada tiga data yang dikeluarkan iaitu NFP (jumlah pekerjaan), kadar purata gaji (average hourly earnings) dan pengangguran (unemployment rate).

Untuk pengetahuan anda juga, daripada ketiga-tiga data berikut, kadar purata gaji akan jadi tumpuan utama.

Jika data pada malam ini merekodkan kadar gaji 0.3% dan tambahan pekerjaan sehingga 250,000, ini akan menyebabkan lonjakan US dollar.

Apa yang penting kita perlu kaitkan untuk menjangka kenaikan atau penurunan US dollar adalah apakah kesan data itu kepada kenaikan kadar faedah Teh Fed?

Buat masa ini, hanya kejutan ekonomi sahaja yang akan membatalkan kenaikan kadar faedah pada bulan ini. The Fed sememangnya dijangka menaikkan kadar faedahnya pada Mac sejak daripada bulan lalu lagi.

4 Senario Yang Berlaku Kepada USD

Di sini kami sediakan 4 senario yang mungkin akan berlaku kepada US dolar pada malam ini. Sebelum itu, apa yang anda perlu tahu sebelum beralih kepada senario berikut adalah kekuatan data-data NFP yang dikeluarkan malam ini.

Average Hourly Earnings : Kesan paling kuat kepada US dolar.

Non-Farm employment change: Kesan kedua terkuat selepas Average earnings.

Unemployment rate: Kesan paling lemah daripada ketiga-tiga data.

Senario #1 US Dolar menguat

Jika average hourly earnings mencatat bacaan melebihi jangkaan 0.2%, ia akan banyak menyokong kenaikan US dolar, lebih-lebih lagi jika bacaan meningkat 0.4%. Hal ini kerana kenaikan yang besar seperti itu, akan menambah potensi kenaikan kadar faedah sehingga lebih daripada 3 kali tahun ini.

Namun, data tambahan pekerjaan dan kadar pengangguran juga perlu diberi perhatian.

Jika tambahan pekerjaan (non-farm employment change) juga meningkat lebih daripada jangkaan, ia akan menjadi faktor sokongan kepada kenaikan US dollar lebih-lebih lagi jika kadar pengangguran mencatat bacaan yang sejajar dengan jangkaan pasaran atau kurang daripada itu.

Senario#2 US Dolar melemah

Jika average hourly earnings mencatat bacaan yang kurang daripada jangkaan 0.2%, ia akan melemahkan US dollar kerana ia akan mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah The Fed.

Dalam masa yang sama jika data pengangguran dan tambahan pekerjaan (non-farm employment change) kurang daripada jangkaan, ia akan menambah lagi kelemahan US Dolar selepas data dikeluarkan malam ini. Perlu diingat kesan data kadar pengangguran adalah yang paling kecil daripada ketiga-tiga data.

Senario #3 US Dolar spike ke atas pada mulanya dan menjunam selepas itu.

Situasi ini berpotensi berlaku jika tambahan pekerjaan mencatat jumlah di atas 250,000 tetapi average hourly earnings hanya mencatat bacaan 0.1%.

Senario #4 US Dolar spike ke bawah pada mulanya dan melonjak selepas itu

Situasi ini mungkin dilihat jika data pekerjaan hanya bertambah kurang daripada 150,000 tetapi dengan kombinasi data average hourly earnings yang meningkat 0.3%.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa