Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi

Preview Tiga Data Ekonomi Yang Akan Memberi Impak Pada Pasaran Hari Ini

Preview Tiga Data Ekonomi Yang Akan Memberi Impak Pada Pasaran Hari Ini

Data Pengangguran UK Akan Menentukan Hala Tuju Sterling Selepas Ini (4.30 petang)

Pound terus meningkat berbanding greenback, mencecah ketinggian setahun yang lalu semalam. Para pelabur akan meneliti data-data pasaran buruh UK pada jam 4.30 petang hari ini bagi mengukur kekuatan ekonomi UK pada ketika ini.

Jangkaan kadar pengagguran UK kekal menghampiri paras terendah 42-tahun lalu sementara kenaikan inflasi dijangka akan menolak purata pendapatan (average earning) sedikit tinggi.

GDP/USD naik 0.9% kepada $1.3283 di sesi yang lalu.

Data Inflasi US (8.30 malam)

Peserta-peserta pasaran akan memantau semua bacaan terbaru inflasi bagi melihat perkembangan ekonomi US, yang mana akan mempengaruhi keputusan Federal Reserve untuk polisi monetari mereka hujung bulan ini.

Penganalisis menjangkakan kenaikan 0.3% bagi bulan Ogos pada indeks harga pengeluar (PPI) selepas jatuh 0.1% pada bulan sebelumnya.

Ahli FOMC akan bermesyuarat pada 19-20 September. Perbincangaan akan dibuat mengenai keadaan fiskal serta kajian terhadap ekonomi bagi menentukan pendirian yang sesuai untuk polisi monetari seterusnya.

Data-data inflasi dijangka akan memberi hala tuju yang lebih jelas kepada greenback yang telah jatuh ke paras 32-bulan terendah berbanding matawang utama yang lain.

Adakah bekalan minyak mentah akan terus meningkat untuk dua minggu berturut-turut? (10.30 malam)

Bacaan bekalan data mingguan oleh Energy Information Administration (EIA) hari ini dijangka akan menunjukkan peningkatan untuk kali kedua, selepas bacaan meningkat untuk bekalan dua minggu yang lalu.

Penganalisis menjangkakan bekalan minyak mentah naik sekitar 3.2 juta tong untuk minggu yang berakhir pada 8 September.

Harga minyak bermula positif minggu ini selepas OPEC melaporkan penurunan pada pengeluaran bulan Ogos serta jangkaan permintaan yang meningkat pada tahun 2018, mengurangkan kebimbangan para pelabur terhadap ketidak seimbangan permintaan dan penawaran bagi pertengahan tahun kedua 2017.

Pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) tutup pada paras $48.23, naik 16 sen pada sesi yang lalu. Minyak brent pula tutup pada harga $54.27

Share This Post