Projek Petronas Yang Mengundang Kontroversi Ini Akhirnya Diluluskan Kanada Setelah 3 Tahun Menanti!

0 11

Kanada meluluskan projek Petronas Malaysia bernilai US$27 billion USD bagi membina saluran paip cecair gas asli di sepanjang pantai Barat Laut Pasifik. Ini merupakan satu projek besar-besaran oleh Petronas yang menyasarkan pasaran Asia.

Projek ini merupakan perjanjian pertama yang di antara negara Kanada dan Petronas dan dijangka bakal memulakan operasi pada tahun 2019.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Alam Sekitar Kanada, Catherine McKenna setelah 3 tahun Petronas menantikan keputusan tersebut.

Projek itu mengundang kontroversi pada awalnya apabila dikatakan bakal memusnahkan habitat salmon, selain turut mendapat tentangan daripada kumpulan orang asli.

Justeru, keputusan meluluskan projek itu dilihat sebagai ujian besar buat parti Liberal Kanada yang mengatakan bahawa keperluan industri perlu seiring dengan penjagaan alam sekitar sewaktu memenangi pilihanraya sebelum ini.

Mimpi Ngeri Buat Semua pekerja Petronas!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa