Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Sesi Eropah

Pusingan Kedua Rundingan Brexit Bermula Hari Ini

Pusingan Kedua Rundingan Brexit Bermula Hari Ini

Ketua perunding EU Micahel Barnier dan perunding UK bermesyuarat sekali lagi hari ini pada Isnin dalam rundingan penuh Brexit yang pertama.

“Kami telah melakukan permulaan yang baik bulan lalu dan sekarang kami akan pergi kepada perkara-perkara yang lebih besar,” kata Menteri Brexit David Davis kepada wartawan di Brussel.

Barnier pula mengatakan, “kami akan mebincangkan perkara yang lebih penting. Kami perlu mengkaji dan membandingkan pendirian daripada satu pihak bagi mendapatkan kemajuan yang lebih baik dalam rundingan ini.”

UK dan EU memperbaharui rundingan Brexit hari ini yang merupakan rundingan kedua setelah rundingan pertama pada Jun. EU mahu fokus kepada rundingan hak kerakyatan, sempadan Ireland dan juga penyelesaian kewangan.

Pihak EU mengatakan hanya apabila perkara tersebut telah selesai dibincangkan barulah rundingan akan bergerak kepada soal perdagangan antara dua pihak.

EU dalam laporan Reuters berharap agar pihak UK berhenti mencabar keputusan bahawa mereka berhutang kepada Brussel jika meninggalkan kesatuan.

Selepas ini, akan ada lagi rundingan selama tiga minggu yang akan dibuat oleh Kesatuan Eropah bagi mendapatkan pendirian daripada 27 negara. Ia dijadualkan pada lewat Ogos sehingga awal Oktober yang mana Barnier berharap akan ada kemajuan yang signifikan dalam rundingan perpisahan EU-UK.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal