Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Ragu Terhadap Keupayaan OPEC, Pasaran Minyak Bergerak Dalam Julat Yang Kecil

Ragu Terhadap Keupayaan OPEC, Pasaran Minyak Bergerak Dalam Julat Yang Kecil

Minyak mentah meningkat pada sesi Asia hari ini berikutan Presiden Trump membentang laporan strategi untuk mengekalkan tentera US di Afghanistan bagi menghalang perkembangan pengganas disamping menyokong kerajaan Kabul dan sekutunya seperti Pakistan.

Harga kontrak minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Oktober di New York Mercantile Exchange meningkat 0.36% kepada $47.70 setong, manakla di kaunter Intercontinental Exchange London juga meningkat 0.17% kepada $51.83 setong setakat jam 1.00 petang.

Hari ini, American Petroleum Institute (API) akan melaporkan anggaran bekalan minyak mentah dan produk sulingan bagi minggu lepas, kemudian di ikuti dengan data rasmi daripada Jabatan Informasi Tenaga (EIA) pada malam esok. Laporan kebiasaannya berbeza.

Semalam, minyak tutup di paras yang rendah berikutan para pelabur hilang keyakinan terhadap keupayaan OPEC untuk mengatasi lebihan bekalan minyak dunia selepas pertemuan antara negara pengeluar masih membincangkan tentang peratus pematuhan syarat yang semakin rendah.

Pasaran minyak minggu ini bermula dengan kejatuhan yang mendadak walaupun OPEC bermesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang patut diambil untuk meningkatan peratusan pematuhan syarat pada had pengeluaran yang telah dijanjikan, selepas data bekalan bagi bulan Julai menunjukkan pematuhan syarat OPEC jatuh ke paras terendah tahun ini.

Pada Mei yang lalu, OPEC dan non-Opec seperti Rusia berjanji untuk memanjangkan tempoh potongan pengeluaran minyak selama 9 bulan sehingga Mac 2018, namun masih di paras pengeluaran yang sama 1.8 juta tong seperti yang dijanjikan November tahun lepas.

Selain itu, permintaan minyak di US yang dijangka susut berikutan musim panas hampir tamat manakala pelatantara minyak di sana semakin berkurangan, menunjukkan penggalian dikurangkan sebab harga yang semakin rendah.

Syarikat Baker Hughes melaporkan pelantar minyak di US turun 3 menjadikan jumlah baki penggalian minyak kepada 763 minggu lepas. Data kiraan galian mingguan amat penting kepada industri minyak dan juga sebagai tanda aras kepada pengeluaran dan permintaan terhadap pekhidmatan

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!