banner-mutm-728x90

Share This Post

Inspirasi

Raja Gula Asia Hanya Bermula Daripada Seorang ‘Office Boy’ Saja

Raja Gula Asia Hanya Bermula Daripada Seorang ‘Office Boy’ Saja

Robert Kuok atau lebih dikenali di Malaysia dengan nama Raja Gula Asia (The Sugar King of Asia) merupakan salah seorang jutawan terkenal dari Malaysia.

Lelaki yang lahir pada tahun 1923 ini adalah seorang usahawan berjaya yang mempunyai sentuhan Midas kerana apa sahaja yang beliau usahakan memang akan membuahkan hasil yang lumayan. Antara bidang-bidang yang Robert Kuok pernah mencuba nasib adalah seperti gula tebu, minyak, perlombongan, tepung, perhotelan, penerbitan dan makanan binatang ternakan dan kesemuanya memberikan pulangan lumayan kepada beliau.

Sebelum berada di tahap sekarang, beliau memulakan perjalanan dengan menjadi seorang pekerja ofis bahagian perniagaan beras di Singapura. Disitu beliau menimba ilmu sebanyak yang boleh dan kemudian pulang ke Johor untuk memulakan perniagaan bersama-sama dengan abang dan sepupu beliau.

Tanpa melengahkan masa beliau menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing Co dan disinilah segala-galanya bermula. Berbekalkan ilmu yang ditimba dan hasil usaha beliau berjaya menaikkan syarikat gula yang akhirnya menjadi pengeluar gulaterbesar di Malaysia iaitu sebanyak 80% di Malaysia dan 10% didunia. Beginilah Robert Kuok mendapat gelaran Raja Gula Asia.

Memiliki cita-cita yang besar dan mempunyai otak yang ligat, Robert Kuok tidak mahu berhenti disini sahaja sebaliknya terus melebarkan sayapnya ke dalam bidang perhotelan. Untuk pengetahuan anda, beliau memulakan rantaian hotel terkenal didunia iaitu Shangri-La. Hotel yang diasaskan pada tahun 1971 ini sudah mempunyai bilangan hotel sebanyak 111 diseluruh dunia. Selain itu, beliau juga banyak membuat pelaburan di hampir kesemua negara di Asia dan juga bukan Asia.

Ada orang berpendapat bahawa sumber kejayaan tidak terkata Robert Kuok terbahagi kepada dua sahaja iaitu kepantasan beliau dan memiliki otak yang sangat cerdik. Robert Kuok juga tidak takut untuk berkerjasama dengan seluruh dunia dan ini adalah penyebab berliau antara ahli perniagaan berjaya berasal dari timur.

Walaupun sudah bersara, ahli perniagaan kedua terkaya di Asia Tenggara ini masih disegani bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Robert Kuok akan sentiasa menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia kini dan selamanya.

Nasihat Li Ka-Shing sangat power! Baca di sini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register