Ramai Tak Perasan 3 Kebaikan Yang Diraih Oleh Seorang Forex Trader

0 2,132

Ramai orang yang memasuki industri forex kerana mahu menjadi seorang trader, nak buat duit tambah pendapatan. Yer lah hidup zaman sekarang ni kalau hidup dengan satu pekerjaan sahaja memang tak cukup, lagi-lagi hidup pada zaman ‘bijan’.

Walaupun kita ada keinginan yang kuat untuk menambah pendapatan dalam trading, tetapi ia tidak lah semudah itu. Mula-mula semua benda tu susah, tapi percayalah bawak grab, atau jual air di pasar malam lagi senang berbanding tahap awal masa mula-mula nak trade. Dah tentu anda akan merasa kerugian dan jika tidak mendapat bimbingan yang betul, anda mungkin akan kecundang dalam jangka masa yang lama.

Tapi kesukaran ini lah yang mengajar kita dan menyedarkan bahawa trading bukanlah sekadar kerana ‘DUIT’ tetapi lebih daripada itu. Kadang-kadang trade ni menjadikan kita seorang yang lebih fokus dan berdisiplin kerana ada banyak peraturan dan disiplin yang perlu kita terapkan untuk menjadi seorang trader yang berjaya.

#1 Trading Menolak Kita Keluar Daripada Comfort-Zone

Tiada orang yang suka merisikokan wang mereka dan kerugian wang titik peluh sendiri memang amat mengecewakan. Memulakan trading dengan mula deposit wang ke akaun forex menjadikan kita kurang seleasa dengan kemungkinan kerugian wang tersebut. Ini menjadikan kita keluar dari ‘comfort-zone‘ dan berusaha untuk mempelajari cara trade yang sebenar supaya dapat meraih keuntungan. Keluar dari ‘comfort-zone‘ juga terpakai dalam bidang-bidang kerjaya lain untuk meningkatkan prestasi.

#2 Trading Memupuk Disiplin Dalam Diri

Trader forex yang dah berkecimpung dua tahun ke atas sudah tentu menyedari forex trading bukanlah satu perkara yang mudah. Seperti juga dalam bidang professional yang lain, forex trading memerlukan disiplin yang tinggi jika benar-benar mahu hidup dengan menjadi full-time trader.

Disiplin di sini bermaksud perancangan yang rapi, latihan berterusan dan menjadikan semua itu tabiat yang dilakukan setiap hari tanpa jemu. Latihan adalah dengan belajar analisis teknikal, fundamental, pengurusan wang dan kawalan emosi.

Trading tanpa disiplin pula adalah satu PERJUDIAN.

#3 Trading Mengajar Kita Mengimbangi Emosi

Dalam forex trading ni bukanlah teknik atau modal yang penting untuk bertahan lama. Paling penting adalah emosi, kerana ramai yang mempunyai skill trading yang baik tetapi gagal dari segi psycologi atau emosi. Oleh sebab itu, pengurusan kewangan (money management) sangat dititikberatkan dalam dagangan forex.

Majoriti orang yang berjaya dalam forex trading adalah trader yang pendai mengawal emosi semasa untung atau pun rugi. Semasa untung dia pandai mengawal emosi untuk tidak terlalu tamak, manakala semasa rugi dia pandai untuk meredakan emosi dengan meninggalkan trading seketika dan mengkaji di mana silapnya.

Akhir sekali, semoga berjaya kepada anda semua!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa