728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

Ramai Tak Suka Isi Kandungan Artikel Ini. Ramai!

Ramai Tak Suka Isi Kandungan Artikel Ini. Ramai!

Berita baik buat semua trader adalah pasaran untuk ditrade tidak kira sama ada pasaran saham, komoditi dan FX akan berpanjangan dan wujud selagi manusia masih ada.

Dan semua instrumen ini sudah bermula lama dah.

Jadi tidak perlu terlalu terburu-buru untuk mendalami ilmu trading hingga menyebabkan kegopohan mahukan wang dengan cepat boleh menyebabkan diri sendiri kecundang.

Lagipun pekerjaan yang ada sekarang atau yang masih belajar masih lagi boleh memberi ruang dan waktu untuk develop akaun trading.

Apa yang diperlukan oleh seorang trader adalah bermula dengan akaun kecil, kalau boleh mula dengan akaun demo, dan kembangkan dengan baik sehingga menjadi besar dan menampung kehidupan.

Buka akaun semudah ABC, hanya buka laman web broker, daftar dan kemudian install MT4 dah boleh trade.

Mudah kan? Namun ramai terlupa ada proses yang perlu diambil untuk meraih keuntungan yang berpanjangan.

Mulakan dengan akaun kecil, kembangkan perlahan-lahan tanpa gopoh sambil backtest sistem dan perkara asas terlebih dahulu.

Tak guna asyik depo tapi semua trade kelaut sebab tiada sistem trading yang betul.

Menjadi seorang trader profesional juga memerlukan proses pembelajaran dan pengalaman.

Jangan jadi seorang trader yang mahu cepat kaya dengan 1 trade saja. Tiada shortcut untuk berjaya.

Pupuk kesabaran dalam belajar ilmu penting dalam trading ni dan anda akan berjaya.

Rasai kemanisan menjadi seorang trader!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register