728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Ramai Tunggu Ulasan MoshedFX Tentang FOMC. Berikut Adalah Ulasannya

Ramai Tunggu Ulasan MoshedFX Tentang FOMC. Berikut Adalah Ulasannya

Dari awal minggu, penuh PM dan email saya, minta ulas tentang FOMC pagi nanti. Saya cuba berkongsi sebaik mungkin mengikut kefahaman saya.

Mesti ramai forex trader tengah tunggu apakah keputusan Mesyuarat FOMC pagi nanti. Perkara yang paling difikirkan adalah, adakah FED naikkan Interest Rates ataupun tidak. Interest Rates US diturunkan hampir ke nilai sifar masa krisis ekonomi sub-prima pada tahun 2008 US.

Paling tertumpu adalah pada Janet Yellen, iaitu Pengurusi Lembaga Gabenor FED, apakah keputusan yang akan dibuatnya. Sama ada naikkan interest rate, ataupun kekalkan dan naikkan kemudian. Tetapi sebelum ini Janet Yellen banyak kali dah bagi hint yang Interest Rate memang akan dinaikkan pada “akhir tahun” ini.

telegram-moshed

Akhir tahun tu bila? Tinggal bulan September dan bulan Disember sahaja. Kalau tak naik pada PAGI kejap lagi, mungkin akan naik pada Disember.

Kesan kenaikkan Interest Rates US 

Apakah efek naiknya interest rate(kadar faedah) bagi matawang US? Ramai trader di Malaysia, hanya nak tahu, jika Interest Rates naik, EURUSD naik atau turun? USDJPY pula macam mana? USDCHF pula bagaimana? Bagi saya, itu adalah soalan yang tidak patut dilontarkan jika anda ingin menjadi seorang forex trader yang professional. Sebab ia ada banyak faktor naik turun. Ada speculator lagi campur tangan.

Anda perlu tahu basic fundamental dahulu, apa kesan Interest Rate naik kepada ekonomi US, lepas tu barulah anda analisa berpandukan style trading anda. Style trading anda mungkin juga berpandukan teknikal, sentiment, probability dan sebagainya, yang penting bagaimana untuk anda dapatkan profit hasil daripada analisa ini. Gabungkan dan buat keputusan yang tepat.

Jika dinaikkan maksudnya, petanda ekonomi US berada dalam keadaan “on track” dan bakal menguatkan matawang US. Kenapa? Sebab interest rate yang dinaikkan bakal menarik lebih ramai pelabur untuk menyimpan dalam matawang US. Maksudnya demand matawang US meningkat, dan ini akan menguatkan matawang tersebut. Tetapi ia juga boleh jadi bahaya kepada ekonomi US jika ia dinaikkan pada masa yang tidak sesuai dan pada kadar yang tidak sesuai. Yang ini saya ulas kemudian. Kita tumpukan pada kisah FOMC dahulu.

 

Kembali kepada cerita PAGI Jumaat ini FOMC meeting ada dua jenis. Ada yang ada Press Conference selepas FOMC Statement release, ada yang tiada Press Conference. Yang pagi ini ada press conference. Apa bezanya ? Jom teruskan membaca :

Pada pengalaman saya dalam trading, jika Interest Rates Naik, maka ramai trader akan terus bertindak trading atas kenyataan tersebut. Dan jika Interest Rates TIDAK NAIK, maka trader kebiasaannya menunggu sekitar 30 minit selepas itu untuk mendengar kenyataan Janet Yellen pada Press Conference, sama ada ia meyakinkan untuk kekuatan ekonomi US ataupun tidak. Orang panggil, “dovish” atau “hawkish” statement. Selepas mendengar tu, baru “big-big trader” ni akan bertindak.

Kalau Yellen berucap dan isi ucapan pun tidak berapa yakin untuk kekuatan ekonomi US, maksudnya ramailah trader yang cuba SELL USD. Kalau bunyi macam yakin dan ada harapan, maka ramailah trader yang akan mula membeli USD.

Jika dinaikkan maksudnya memang Janet Yellen yakin tentang ekonomi US. Jika dia HOLD kenaikkan, maksudnya krisis China dan harga Minyak Dunia, termasuk kadar inflasi US masih tidak sesuai untuk kenaikkan kali ini. Disember pula kita tunggu.

Apakah nasihat saya untuk event berita FOMC kali ini?

Nasihat saya, sebenarnya anda perlu fokus peluang trading selepas tahu tentang keputusan FOMC. Trading selepas FOMC akan menjadikan anda lebih jelas, tahu arah tuju kekuatan ekonomi US dan sebagainya. Kalau trade sebelum FOMC maksudnya anda cuba menjadi speculator dalam big event ini. Tetapi bagi saya masih tidak salah, jika anda sudah cukup analisa dan kajian untuk event kali ini. Go on!

Yang paling tidak boleh diterima adalah jika anda trade dengan cara ambil kesempatan. Setiap kali ada event besar macam NFP atau FOMC, atau big news, ada satu perkara lawak saya biasa dengar. Iaitu Pasang PO atas dan pasang PO bawah sebelum news.

Ini adalah perkara paling lawak. Ingat! Anda tidak akan menjadi seorang forex trader yang profesional, jika anda masih mengamalkan perkara2 tersebut dengan cara trade untuk cuba ambil kesempatan. Sampai bila anda nak “trade ambil kesempatan” seperti itu? Anda perlu faham ekonomi dan gabungkan dengan teknikal jika anda masih nak trade news. Trade dengan cara PO atas bawah ini biasanya berakhir dengan kerugian jika PO anda tak trigger dan broker yang anda guna bermasalah.

Orang kata trade dengan cara profesional. Dengan ilmu. Bukan dengan ambil kesempatan macam tu. Kecuali forex trading ni bukan perkara serius untuk anda cari income. Just nak “trade pada nasib”. Silakanlah. Untuk bertahan sebagai full time trader bertahun-tahun dan hidup dengan hasil trade forex, cara trading ambil kesempatan memang tidak akan bertahan lama.

Apa-apa pun semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya kali ini. Sila Share kepada rakan-rakan di wall FB anda. Share anda amat bermakna untuk saya terus mencurahkan perkongsian dalam forex trading kepada semua. Semoga dipermudahkan perjalanan trading forex anda. Aminn.

Anda juga boleh share INFO ini ke dalam Group2 WhatsApp Forex dengan klik button WhatsApp yang anda nampak ketika baca artikel ini untuk share ke dalam WhatsApp. Sila skroll ke bawah lagi untuk nampak button 🙂

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register