728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi

Ramalan FOMC dari segi Fundamental oleh MoshedFX

apa-itu-federal-reserve

 

Sekarang ramai tertunggu-tunggu, market pun seolah-olah tertunggu-tunggu tentang keputusan dan rumusan daripada FOMC meeting jam 2 pagi(waktu malaysia-khamis 30 hb) nanti. Walaupun terdapat beberapa berita-berita penting hari ini macam GBP Money Supply dan lain-lain, market kurang terarah sebab ramai trader seluruh dunia tengah tunggu FOMC meeting.

telegram-moshed

FOMC meeting kali ini akan membincangkan tentang, samada FED (Federel Reserve) akan end buying bond program atau tak. Sebelum ni, Fed keep buying bond program dan kurang kan sedikit untuk slow down selepas melihat kesan positif ke atas matawang USD. Jadi kali ini, matawang USD dah betul-betul kuat, mereka terfikir samada perlu hentikan bond buying program dan naikkan interest rate.

Sebelum ini pada masa krisis ekonomi 2008-2009, Fed turunkan interest rate untuk stimulate the economy, untuk recovery dan mula QE dengan Bond Buying Program. Sekarang nampak hint sudah tiba masanya untuk Fed mula naikkan interest rates, dan stop bond buying program, sebab ekonomi US dah kuat sekarang. Kalau perhatikan US Index, naik mencanak-canak sejak dari July 2014. So tak perlu lagi dah buying bond.

Interest rates perlu dinaikkan untuk cool down economy yang sangat rancak dan kurangkan inflasi pula. Pada FOMC pukul 2 pagi kejap lagi, saya lihat Fed perlu untuk stop Quantitative Easing(bond buying program) dah. Kalau diorang postpone lagi, nampaknya USD akan di SELL OFF sementara tunggu meeting pada bulan December pula. Tak perlu lagi untuk postpone(tunda) untuk stop QE sebab, unemployment rate dah cantik, turun 5.9% result yang lepas, inflasi dah berkurang, ekonomi dah cantik. Perlu jimatkan duit.:D tetapi nampak macam Fed akan kekalkan, apa-apa pun kita tunggu keputusan FOMC meeting pukul 2 pagi nanti.

Satu lagi perkara perlu diperhatikan adalah “considerable period of time”, perkataan ini kalau masa keluar statement FOMC, maksudnya still hold rates “untuk jangka masa yang dipertimbangkan”, jika mereka masih cakap macam tu, maka (usd lemah) dan tunggu bulan December pula untuk analisis selanjutnya. Kalau diorang replace dan tak guna ayat macam di atas tu, tak tunggu lagi dan mula decide tindakan tentang untuk end QE, akan nampak hint yang mungkin Interest Rates akan dinaikkan segera atau December 2014, nanti. Dan USD akan meroket pada ramalan umum(USD akan kuat). Patern ni sama macam tahun 2004. Berulang-ulang.

Apa-apa pun ramai yang cakap Fed akan kekalkan tukaran EUR/USD sekitar 1.2995- 1.2500, dalam range tersebutlah walau apa pun keputusan malam ini. Lebih dari itu atau kurang dari itu kena tunggu December 2014. Ada yang kata USD perlu cari tapak dahulu, sebelum interest rate hikes this December, most likely they will postpone QE. Sebenarnya ini lebih kepada analisa dan ulasan, bukan ramalan. Ramalan anda boleh pertimbangkan sendiri. 🙂 anda akan belajar sesuatu. Yakin!

Ok ini nukilan daripada saya dalam bahasa santai agar anda faham tentang FOMC meeting punya isi. Rasa bermanfaat, sila share, kalau tak faham, boleh komen di bawah ataupun di facebook ya. Harap dapat berikan hint kepada semua. Share the wealth!

 

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register