banner-mutm-728x90

Share This Post

Artikel Umum

Raya Seorang Trader

Raya Seorang Trader

Tajuk artikel boleh buat tajuk filem trader ni. Hehe.

Masih tidak terlambat buat Tim MoshedFX.com mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia MoshedFX.com.

Moga Aidilfitri dan Syawal kita semua dirahmati dan diberkati bersama keluarga tercinta. Cuti sudah habis bagi yang bekerja sama ada di sektor swasta atau kerajaan.

telegram-moshed

Jangan lupa puasa sunat enam hari di bulan Syawal, ia ibarat kita berpuasa sepanjang tahun.

Bagi seorang Trader, kita juga tidak ketinggalan dalam menghayati keseronokan Aidilfitri, berehat daripada melihat chart, terutama jika pulang beraya di kampung halaman bersama yang tercinta. Luangkan masa berkualiti bersama mereka.

Bagi saya, Aidilfitri merupakan salah satu penanda aras kepada pencapaian kewangan tahunan. Adakah raya tahun ini berbeza dengan tahun sebelum?

Ada orang menilai resolusi tahunan pada tahun baru, dan hari raya juga sebenarnya boleh menjadi hari yang sama terutama dari segi kewangan kerana hari raya memerlukan belanja yang agak besar termasuk perbelanjaan pulang ke kampung, perbelanjaan keluarga, perbelanjaan jamuan dan tidak lupa pembayaran zakat fitrah semasa Ramadhan.

Adakah kewangan pada raya tahun ini lebih memberangsangkan daripada raya tahun lepas atau sebaliknya?

Adakah duit raya untuk ibu bapa lebih banyak tahun ini dengan profit trading?

Adakah pembelanjaan raya tahun ini agak berat sebab banyak kali MC?

Hari raya juga boleh dijadikan waktu untuk kita nilai kembali perjalanan trading kita. Sepanjang tahun, daripada Aidilfitri tahun lepas hingga Aidilfitri 4 hari lalu, trading kita, profit melebihi loss ke? Buat kira-kira dan jadikannya sebagai semangat untuk dapatkan profit melebihi loss lagi.

Jumaat lalu high-impact news bulanan iaitu NFP dikeluarkan. Saya terbaca ada yang buka full margin lot dengan keazaman nak buat duit raya gila-gila, yang akhirnya MC.

Ingatlah, kita dalam bidang ini bukan untuk berjudi. Keuntungan yang diperoleh biarlah sedikit namun hasilnya adalah daripada analisa yang kita yakin, bukan sekadar baling dart tengok kena ke tak kena.

MoshedFX.com akan kembali menyediakan artikel dan berita untuk bacaan semua untuk menambahbaik trade kita semua dan doakan proses meng-upgrade website ini berjalan lancer dan terus kuat.

Jangan lupa kongsikan raya anda sebagai seorang trader di ruangan komen di bawah.

Terima kasih atas sokongan anda semua kepada kami.

Sekali lagi diucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal ‘Aidin wal-Faizin.

Terus ceria memburu di lautan luas.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register