728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Rentetan Penurunan Harga Minyak Global. Anda Perlu Peka!

Rentetan Penurunan Harga Minyak Global. Anda Perlu Peka!

Harga minyak mentah yang mencatatkan keuntungan awal kembali menyusut pada sesi Asia sejajar dengan pengeluaran normal data mingguan Amerika Syarikat mengenai stok simpanan hadapan. Kebanyakan pelabur pula dilapor menunggu isyarat dar Def dan BoJ berikutan ekonomi global yang agak perlahan.

Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah pada penghantaran September susut 0.11% kepada $ 44.14 setong. Manakala di ICE Futures Exchange di London, Brent mentah untuk penghantaran September turun kepada $ 46.06 setong.

Minggu lepas, oil futures pada sesi akhir dagangan pada Jumaat direkod pada tahap terendah dalam tempoh hampir 3 bulan. Hal ini bertitik tolak dari kebimbangan terhadap isu minyak global dan data kiraan pelantar Amerika Syarikat yang meningkat untuk minggu ke-4 berturut-turut.

Pembekal minyak Baker Hughes berkata pada lewat Jumaat lalu, bilangan pelantar penggerudian minyak meningkat sebanyak 14 hingga 371 dan merupakan kenaikan minggu keempat berturut-turut.

Keuntungan terhadap aktiviti penggerudian minyak menyemarakkan spekulasi bahawa pengeluaran domestik boleh dipulihkan pada minggu-minggu akan datang.

Menurut kebanyakan pakar, saham tertinggi daripada produk bahan api akan mengekalkan harga dibawah tekanan akibat permintaan global yang perlahan.

Pada minggu depan, trader minyak akan memberi tumpuan kepada data simpanan Amerika Syarikat pada hari Selasa dan Rabu untuk isyarat supply-and-demand.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register