Review Pergerakan Matawang AUD Sepanjang Minggu Ini (9-13 April)

0 344

Matawang AUD boleh dikatakan sebagai antara matawang terkuat pada minggu ini setakat pada pukul 6 petang Jumaat. Setakat ini matawang terkuat di hadapan AUD adalah CAD.

Pergerakan AUD pada minggu ini banyak dipengaruhi oleh China yang termasuk data ekonomi dan juga perang perdagangan AS-China.

Setakat pada masa artikel ini ditulis AUD menguat berbanding Yen, CHF, USD, NZD, Euro dan GBP. AUD hanya melemah berbanding dolar Kanada (CAD).

Pada Isnin AUD sedikit tertekan disebabkan berita bahawa China sedang mempertimbangkan untuk menurunkan nilai matawang Yuan sebagai alat untuk mengimbangi impak halangan perdagangan oleh Amerika. Bukan AUD sahaja, tetapi matawang komoditi lain turut terkesan. Kenapa AUD jatuh? Hal ini kerana kelemahan Yuan akan menjadikan nilai AUD lebih mahal dan berpotensi mengganggu eksport Australia ke China.

Kelemahan AUD tidak berpanjangan, apabila US dollar melemah pada sesi Eropah hari Isnin.

Pada Selasa, matawang AUD menguat lagi berikutan ucapan pemimpin China Xi Jinping yang berikrar untuk mengurangkan tariff import termasuk produk automotif. Beliau juga berjanji untuk membuka ekonomi China lebih luas sebagai respon kepada kritikan Trump. Selepas daripada ucapan Xi, sentimen terus pulih sehingga membawa AUD ke paras lebih tinggi pada Selasa.

Pergerakan AUD pada Rabu agak sideway dengan berita tentang inflasi (CPI) China dan ucapan Gabenor Lowe tidak banyak menggerakkan AUD. Rabu juga terdapat kebimbangan pasaran terhadap risiko geopolitik antara Amerika-Rusia yang melibatkan isu Syria.

Namun, sentimen beransur pulih pada Khamis apabila nada komen Trump dalam isu Syria dilihat lebih lembut pada Khamis berbanding Rabu. Ini sekaligus melonjakkan sentimen pasaran sehingga pasaran saham Wallstreet ditutup lebih tinggi. Pergerakan positif AUD juga banyak disumbang oleh perkara ini sehingga pada petang Jumaat.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa