Review Pergerakan Pasaran Forex Sepanjang Minggu Lalu (9-13 April)

0 243

Matawang US dollar adalah matawang ketiga yang paling banyak mengalami kerugian pada minggu lalu. Pergerakan pair US dollar dilihat seiring jika tidak mengambil kira USD/JPY dan USD/CHF. Ini disebabkan keuda-dua pair ini lebih banyak dipengaruhi oleh sentimen risiko (risk-sentiment) pada minggu lalu.

US dollar membuat penurunan pada awal minggu lalu sehingga hari Rabu sebelum bergerak turun-naik pada Khamis dan Jumaat. Kejatuhan US dollar bermula pada awal sesi London hari Isnin. Apakah penyebabnya?

Hal ini disebabkan oleh tweet Trump yang mengatakan ketidakadilan perdagangan oleh China yang mana menunjukkan cukai import 25% kereta dari Amerika ke China dan hanya 2.5% cukai kereta dari China ke Amerika Syarikat. Trump juga menegaskan ini adalah satu “Perdagangan Bodoh”.

US dollar meneruskan penurunan selepas ucapan Xi Jinping yang berikrar untuk mengurangkan tariff ke atas produk import termasuk automotif. Beliau juga berjanji untuk membuka ekonomi China dengan lebih luas. Hal ini telah banyak memulihkan sentimen pasaran pada hari tersebut sekaligus menyebabkan Yen jatuh sepanjang minggu.

US dollar pula gagal membuat pengukuhan selepas sentimen yang semakin pulih kerana sentimen Risk-On menyebabkan permintaan ‘matawang berkadar faedah tinggi’ meningkat berbanding US dollar dan ini jelas dilihat dengan kenaikan matawang AUD dan NZD sepanjang minggu lalu.

Pada Rabu, US dollar sekali lagi tertekan disebabkan data inflasi (CPI) yang meleset 0.10% dan kurang daripada jangkaan. Terdapat juga kebimbangan terhadap konflik Amerika dengan Russia terhadap Syria.

Pada lewat sesi US hari Rabu, US dollar mendapat semula kekuatannya selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan. Ahli-ahli FOMC (Federal Open Market Committee) bersetuju bahawa kenaikan kadar faedah adalah diperlukan berikutan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan keyakinan bahawa inflasi akan mencapai sasaran.

Akhirnya, minit mesyuarat FOMC menjadi penyelamat daripada US dollar meneruskan kejatuhannya pada minggu lalu.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

2 – 6 April 9 – 13 April
Eur/Usd- Jatuh 129 pip Eur/Usd – Naik 136 pip
Usd/Jpy – Naik 183 pip Usd/Jpy – Naik 117 pip
Gbp/Usd– Naik 139 pip Gbp/Usd – Naik 223 pip
Usd/Chf- Naik 129 pip Usd/Chf – Naik 112 pip
Usd/Cad– Jatuh 211 pip Usd/Cad – Jatuh 275 pip
Aud/Usd– Sideway 78 pip Aud/Usd – Naik 157 pip
Nzd/Usd– Volatile 127 pip Nzd/Usd – Naik 133 pip

Jom kita lihat ulasan event dan data penting pada minggu lalu:

  • Ucapan Xi Jinping (Selasa)

Sentimen menjadi semakin baik dalam sesi Asia pada hari Selasa minggu lalu selepas ucapan oleh Presiden China Xi Jinping di dalam satu majlis forum di Hainan. Jinping dalam ucapannya berjanji untuk mengurangkan tariff terhadap produk yang termasuk automobil. Bukan itu sahaja Xi Jinping juga menunjukkan komitmen mereka untuk membuka ekonomi China lebih luas.

  • Ucapan ahli ECB Nowotny (Selasa)

Ewald Nowotny salah seorang ahli ECB yang paling senior menyatakan pada Selasa lepas kemungkinan untuk ECB menghentikan program pembelian bon pada hujung tahun ini, sekaligus membuka jalan untuk bank pusat menaikkan kadar faedahnya.

Namun, jurucakap ECB pada lewat dagangan Selasa menyatakan komen Nowotny tidak mewakili keseluruhan pendirian Governing Council iaitu majlis yang menentukan polisi monetari ECB. Oleh sebab ini, terdapat sedikit penurunan kepada Euro pada Selasa.

  • Data inflasi, CPI Amerika Syarikat (Rabu)

Bacaan meleset daripada jangkaan dengan -0.10% pada bulan Mac. Data ini tidak banyak membantu kepada kenaikan US dollar pada hari tersebut dengan bacaan yang mengecewakan.

  • Minit mesyuarat FOMC (Khamis)

Ahli-ahli FOMC (Federal Open Market Committee) bersetuju bahawa kenaikan kadar faedah adalah diperlukan berikutan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan keyakinan bahawa inflasi akan mencapai sasaran.

“Ahli-ahli menjangka keadaan ekonomi akan bergerak dalam keadaan yang akan mewajarkan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur,” kata The Fed dalam minit tersebut.

  • Minit mesyuarat ECB (Khamis)

Bank pusat Eropah (ECB) menunjukkan bahawa kenyataan mereka dalam polisi monetari sebelum ini tidak patut disalah anggap. “Perubahan kepada perkataan itu tidak patut disalah anggap sebagai satu perubahan arah polisi monetari.

Presiden ECB, Mario Draghi juga telah menjelaskan perkara ini dalam sidang media bulan lalu. Kini, penegasan yang diberikan oleh ECB dalam minit mesyuarat telah menyebabkan matawang Euro jatuh pada awal sesi New York Khamis lalu.

Bukan itu sahaja, ECB juga mengutarakan kebimbangan mereka terhadap perang perdagangan dengan Amerika Syarikat dan juga menunjukkan potensi kesan negatif kepada kekuatan matawang Euro.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa