Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Revolusi Teknologi Mengubah Landskap Pasaran Kewangan?

Revolusi Teknologi Mengubah Landskap Pasaran Kewangan?

Mengapa saham U.S melonjak naik sejak daripada tahun lepas?

Menurut Tyler Cowen, pada ketika ini pelabur banyak memberi tumpuan pada polisi Trump seperti pemotongan cukai korporat. Selain itu, tumpuan juga terarah pada pertumbuhan ekonomi dan kadar inflasi.

Namun menurut Cowen, ada faktor yang paling besar yang seharusnya menjadi tumpuan iaitu revolusi teknologi. Revolusi teknologi mampu memperluaskan wawasan ekonomi global dan menyebabkan hala tuju masa depan menjadi semakin dapat dicapai.

GDP U.S bagi 2 sukuan lepas telah melebih 3% walaupun dilanda badai dan taufan pada bulan Ogos dan September. Selain itu, pendapatan middle-class juga mencatat pertumbuhan. Saham U.S menunjukkan trend yang rally secara purata pada tahun ini.

Bagi Cowen revolusi teknologi telah berlaku dan sedang dalam proses pertumbuhan. Contohnya, perkembangan teknologi dalam bidang automotif telah mencapai tahap yang mengagumkan dengan terciptanya autonomous car ataupun lebih diketahui sebagai “kereta pemanduan automatik”.

Autonomous car ialah kereta yang berupaya memandu dengan sendirinya dengan cara mengesan keadaan sekelilingya dan membuat pergerakan tanpa memerlukan bantuan daripada manusia.

Pada 7 November, Google telah menguji cuba kereta mini-van pemanduan automatik di jalan raya sekitar Chandler, Arizona. Kereta tersebut tidak mempunyai sebarang pemandu atau penumpang sama sekali.

Kedua, teknologi gergasi seperti Google, Amazon.com Inc., Facebook Inc. and Apple Inc telah menjadi sebagai pengurus utama maklumat, bisnes dan kehidupan kita. Sebarang perubahan dalam syarikat besar ini akan mempengaruhi ekonomi dan kini terdapat tanda-tanda bahawa syarikat itu sedang membuat transformasi.

Amazon kini bukan sahaja berfungsi sebagai penjual buku dan barangan runcit tetapi telah menjadi ketua dalam pengkomputeran awan (cloud computing), kecerdasan buatan (artificial intelligence), gudang logistik dan drone.

Pada ketika ini, masyarakat sudah tidak perlu risau dengan isu akan terjadinya harga monopoly daripada Amazon atau syarikat teknologi utama. Dengan perkembangan teknologi, banyak kos pengeluaran dapat dijimatkan.

Syarikat teknologi telah menunjukkan bahawa pengeluaran model mampu dikeluarkan pada harga rendah, pergerakan saham yang tinggi, dan perkembangan syarikat akan membuat mereka terus mengaut keuntungan pada masa jangka panjang.

Walaubagaimanapun bagi Cowen, perubahan selalu bersifat 2 hala, positif dan negatif, seperti yang pernah berlaku pada awal revolusi industri dahulu, peralihan itu menelan kos yang tinggi dan mendapat kritikan sosial. Justeru, walaupun perkembangan teknologi membawa pertumbuhan dalam beberapa sektor ekonomi, dalam masa yang sama juga kita harus berhati-hati terhadap impak daripada perkembangan itu. Sekian daripada beliau.

Kini dunia telah melalui 3 fasa revolusi ekonomi. Revolusi industri pertama pada tahun (1760-1840), sistem ekonomi dunia berteraskan ekonomi pertanian. Walaubagaimanapun, pada pertengahan abad ke-18, mesin-mesin mula dicipta untuk memudahkan pekerjaan manusia dan meningkatkan produktiviti.

Selepas gelombang Revolusi Industri Pertama, dunia beralih pula kepada Revolusi Industri ke-2 pada tahun (1870-1914).Gelombang kedua ini bermula selepas penggunaan elektrik diperkenalkan.

Setelah itu ialah gelombang ketiga yang lebih dikenali sebagai Era Digital. Di negara maju, gelombang ini telah berakhir dan akan masuk fasa ke-4. Revolusi Industri 4.0 merupakan peralihan daripada Era Digital ke Era Siber Fizikal.

Peralihan ini akan memberi impak kepada kebanyakkan sektor ekonomi termasuk dalam pasaran kewangan seperti pergerakan saham, perkembagnan fintech dan penggunaan matawang crypto. Sebarang perubahan besar keatas syarikat teknologi utama akan memberi kesan kepada ekonomi sama ada sedikit mahupun banyak.

Tyler Cowen merupakan pakar ekonomi dan profesor di Universiti George Mason. Beliau juga tersarai dalam carta 100 pemikir dunia.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!