Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Richard Branson marah, brexit telah membunuh bisnesnya di UK

Richard Branson marah, brexit telah membunuh bisnesnya di UK

Siapa tak kenal dengan Richard Branson, iaitu pengasas billionaire Virgin Group.

Baru-baru ini dilaporkan oleh Chris Liakos di CNN yang Richard Branson berkata, syarikat beliau baru sahaja membatalkan satu pengambil alihan sebuah syarikat yang besar setelah rakyat British mengundi keluar dari Kesatuan Eropah pada hari khamis lalu.

“Kami baru sahaja ingin membuat satu perjanjian yang sangat besar, tetapi kami sudah membatalkannya. Perjanjian ini bakal mengambil alih sebuah syarikat yang besar dan melibatkan 3,000 orang pekerja,” kata Branson kepada ITV.

Jurucakap bagi Virgin Group berkata yang mereka sedang risau akan ketidak stabilan yang bakal berterusan dan akan menyekat perkembangan mereka di UK untuk beberapa tahun akan datang.

Branson adalah seorang usahawan British paling berjaya, dan dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak $4.8 billion. Tetapi setelah EU Referendum yang lepas, syarikat beliau mengalami satu tamparan hebat. Ada rekod menunjukkan yang $3 trillion dollar telah hilang dari pasaran saham global sejak Jumaat dan Isnin minggu ini.

“Kami jangka, kami kerugian hampir 3 suku dari nilai kami dan ia sangatlah dahsyat akibatnya kepada ramai pekerja,” kata beliau lagi.

Saham dalam Virgin Money, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan UK dan merupakan tangan kanan Branson’s Empire telah jatuh 41% sejak Khamis lalu.

Virgin Atlantic pula mengalami cabaran apabila terdapat risiko dalam agreement mereka bersama US setelah Brexit.

Branson memerli di dalam blognya, kononnya “Leave Camp” berkempen kepada ramai orang, jangan dengar pendapat “pakar”, ekonomi kita akan elok sahaja walaupun lepas Brexit. “Lihat apa sudah jadi, kita sekarang berhadapan dengan sebuah bencana,” kata beliau.

Richard Branson jelas berkempen menentang Brexit sebelum ini dan kini mahu undi kedua dilakukan. Orang ramai tersalah faham tentang isu ini, dan kini ramai mahu menukar pandangan mereka.

Terdapat sekitar 4 juta orang ramai yang sudah menandatangani sebuah petition untuk meminta sebuah “Referendum Baru”. Parlimen patut memikirkannya, jelas beliau.

“Dalam sebuah bisnes, jika anda sedar yang anda telah membuat keputusan yang salah, anda patut ubahnya,” kata beliau kepada ITV.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register