Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah 8 Bulan Lalu Berikutan Krisis Kewangan Turki

0 912

Ringgit jatuh ke paras terendah 8 bulan yang lalu berbanding US dollar pada Rabu dengan krisis kewangan yang tercetus di Turki memberi kesan kepada negara baru membangun (emerging markets) termasuk Malaysia. Penganalisis ekonomi pula menjangka matawang tempatan (Ringgit) itu akan kekal tertekan sepanjang tahun 2018.

 

Antara penyebab kepada krisis kewangan yang berlaku di Turki ketika ini adalah lonjakan inflasi, tindakan kerajaan mengawal dasar bank pusat dan juga ketegangan geopolitik dengan Amerika Syarikat. Hal ini sekaligus telah mencetuskan kebimbangan terhadap pasaran baru membangun.

 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, matawang Lira (Turki) telah menjunam berbanding US dollar sehingga ke paras terendah 7.24 dan merekodkan penurunan sehingga hampir 100% pada tahun 2018. Walaubagaimanapun, Lira dilihat telah membuat sedikit pemulihan pada Rabu dan berjaya menguat ke paras 6.00.

 

Kebimbangan terhadap ’emerging markets’ juga memberi kesan kepada matawang Rupiah yang jatuh ke paras terendah tiga tahun lalu, manakala Yuan China pula jatuh ke paras terendah 15 bulan yang lalu.

 

Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa kejatuhan Ringgit sejak beberapa bulan lepas adalah disebabkan kebimbangan pasaran terhadap keadaan kewangan negara khususnya defisit fiskal. Tindakan kerajaan yang menguar-uarkan keadaan fiskal kerajaan secara terbuka dan transparen dipercayai menjadi antara sebab Ringgit melemah.

 

Baru-baru ini Menteri Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Darrel Leiking berkata ketegangan antara AS-China akan memberi kesan positif kepada negara. Perdana Menteri Tun Mahathir pada 28 Jun lepas memberi cadangan supaya Malaysia jadi perantara di tengah-tengah ketegangan tersebut dan berkata ia akan memberi faedah kepada Malaysia.

 

Majoriti penganalisis berpendapat Ringgit terkesan baru-baru ini oleh kejatuhan Lira dan juga ketegangan perang perdagangan AS-China yang sebenarnya memberi tempias negatif kepada eksport dari Malaysia.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa