Risiko Politik U.S. – Kerjasama Antara Peguam Flynn dan Trump Tamat

0 1

Reuters melaporkan, peguam Michael Flynn telah memberitahu kumpulan peguam Trump bahawa mereka tidak boleh lagi membincangkan tentang siasatan yang dibuat oleh penyiasat khas Robert Mueller. Hal ini menunjukkan Flynn berkemungkinan akan bekerjasama Mueller.

Untuk rekod, Michael Flynn adalah bekas penasihat keselamatan kebangsaan kepada Presiden Trump.

Apabila ditanya tentang perkara ini oleh Reuters, peguam Flynn dan jurucakap penyiasat khas Robert Mueller tidak memberikan respon balas. Wakil peguam Trump juga tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.

Flynn adalah watak utama dalam siasatan persekutuan yang dijalankan oleh Mueller sama ada kempen Trump bekerjasama dengan Rusia bagi melonjakkan prestasi kempen pilihanraya Trump tahun lalu. Rusia pula telah beberapa kali menafikan perkara ini.

The Times melaporkan bahawa peguam Flynn sebelum ini berkongsi maklumat dengan kumpulan peguam Trump tentang siasatan yang dijalankan oleh Mueller. Menurut laporan, empat individu terlibat dalam siasatan kes ini berkata perjanjian kerjasama tersebut telah tamat.

Flynn berkhidmat selama 24 hari sebagai penasihat keselamatan kebangsaan kepada Trump sebelum beliau dipecat kerana kesilapannya dalam menunjukkan hubungkait beliau dengan diplomat  Rusia.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa