Risiko Undian di Jerman Menyebabkan Kelemahan Pair EUR/USD

0 595

Matawang Euro terus membuat penurunan pada Selasa berikutan undian oleh parti SPD di Jerman sama ada akan menyertai parti pimpinan Angela Merkel (CDU) atau sebaliknya. Matawang Euro ketika ini dilihat lemah berbanding matawang-matawang utama yang lain dengan EUR/USD jatuh 0.55%, EUR/GBP jatuh 0.51% dan EUR/NZD jatuh 0.28%.

Untuk pasangan matawang EUR/USD yang diminati ramai, ia juga turut tertekan. Kita maklum dengan sentimen semasa matawang Euro bahawa terdapat undian penting di Jerman sekaligus menyebabkan ramai pelabur bimbang memegang matawang Euro kerana risiko undian ini yang boleh menyebabkan pergerakan tidak menentu.

Untuk menganalisis pergerakan EUR/USD, kita juga perlu tahu sentimen semasa matawang US dolar, kerana apa yang kita dagangkan adalah dua matawang iaitu Euro dan US dolar. Jadi, analisis kita tidak akan lengkap jika hanya fokus kepada matawang Euro.

Sentimen US dolar ketika ini adalah positif berikutan potensi kenaikan kadar faedah The Fed pada bulan Mac yang semakin tinggi. Potensi kenaikan kadar faedah ini boleh dilihat di CMEGroup. Apa yang menyebabkan kenaikan potensi kenaikan kadar faedah ini adalah berikutan kenaikan data inflasi Amerika minggu lalu.

Apa tumpuan kita hari ini?

Kita akan bagi tumpuan kepada hasil undian parti SPD di Jerman. Jika undian memihak kepada gabungan parti bersama CDU iaitu parti pimpinan Chancelor Angela Merkel, dijangka matawang Euro akan mengukuh termasuk pair EUR/USD. Jika hasil undian adalah sebaliknya, matawang Euro akan melemah begitu juga kepada EUR/USD.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa