Safe-Haven Yen Melonjak Dengan Potensi Perang Dingin AS-Rusia di Syria

0 871

Mungkin hari ini boleh dikatakan hari terbaik kepada aset safe-haven seperti Yen, Swissy dan emas dalam tempoh sepanjang minggu ini. Mana tidaknya, ketegangan sekali lagi tercetus yang disebabkan oleh presiden Trump.

Yen boleh dikatakan matawang paling kuat setakat pada pukul 8.10 malam dengan USD/JPY susut 0.39%, GBP/JPY susut 0.43%, CAD/JPY jatuh 0.53% dan AUD/JPY jatuh 0.54%.

Dalam laporan terbaru Reuters, Presiden Trump memberi amaran kepada Rusia terhadap tindakan ketenteraan di Syria. Trump mengatakan peluru berpandu akan datang dan mengkritik keras Moscow yang membantu Presiden Bashaar Assad.

Rusia pada Selasa memberi amaran bahawa sebarang peluru berpandu ke Syria akan ditembak jatuh.

“Rusia berikrar untuk menembak mana-mana peluru berpandu ke Syria. Bersedialah Rusia, kerana mereka akan datang dengan baik dan baru dan bijak!,” tulis Trump di Twitter.

“Anda tidak boleh berkawan dengan Binatang Pembunuh yang membunuh rakyatnya sendiri dan meraikannya” kata Trump yang merujuk kepada Rusia yang membantu Assad.

Ini adalah ketegangan geopolitik terbaru yang menggerakkan pasaran pada hari ini. Sudah pasti dengan risiko sebegini, pasaran menjadi bimbang dan beralih kepada aset pelaburan yang lebih selamat seperti Yen.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa