Share This Post

Saham/Ekuiti

Saham Asia Bersama Ikuti Kenaikan Ekuiti Global

Saham Asia Bersama Ikuti Kenaikan Ekuiti Global

Saham Asia bersama mengikuti kenaikan ekuiti global yang lain, naik ke paras 10 tahun tertinggi pada Selasa dengan kebimbangan para pelabur terhadap ancaman Korea Utara semakin reda, dan berjaya mengelak senario terburuk kesan daripada ribut taufan Irma.

Indeks saham terbesar MSCI Asia Pasifik diluar Jepun meningkat 0.1% ke paras tertinggi sejak tahun 2007 yang lalu. Nikkei Jpeun pula naik 1%

Di Wall Street semalam, Indeks S&P 500 naik 1% dengan penutupan tertinggi 2,488 manakala saham MSCI terbesar yang menjadi ukuran pasaran saham dunia serta terdiri daripada 47 saham turut naik ke paras tertinggi yang baru. Keuntungan terbesar sejak dua bulan yang lalu.

Penerima insurans memiliki kenaikan paling tinggi dengan indeks insurans MSCI World naik 1.5% semalam berikutan insruanse terhadap kemusnahan hartanah akbiat ribut Irma dijangka lebih kecil berbanding ramalam sebelum ini.

Taufan Irma pada Ahad yang lalu menjadi taufan terkuat di Atlantika namun semakin lemah pada Isnin yang lalu sehingga menjadi ribut taufan tropika yang biasa. Walau bagaimanapun berjuta tempat tinggal musnah dan banyak penduduk telah dipindahkan ke negeri yang lebih selamat.

Risiko pasaran juga berkurang apabila Korea Utara tidak meneruskan ujian peluru berpandu yang baru pada sambutan kemerdekaan negara mereka 9 September yang lalu.

Pada awal pagi hari ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Security Council) sebulat suara bersetuju memberi sekatan kepada Korea Utara berikutan ujian senjata nuklear mereka pada 3 September lalu dengan mengenakan sekatan terhadap eksport tekstil dan import minyak mentah ke atas Pyongyang.

Langkah-langkah tersebut tidak setegas cadangan awal Washington dan duta US di PBB, Nikki Haley berkata PBB tidak bercadang untuk berperang dengan Korea Utara, dan Pyonyang masih tidak sampai ke tahap dimana tidak akan boleh kembali lagi.

Hasil Bon 10-tahun US pula juga meningkat 2.125% daripada 2.061%, peningkatan tertinggi sejak sebulan setengah yang lalu.

Keuntungan besar pada hasil bon US turut menyokong pembelian semula dolar.

Share This Post