Share This Post

Saham/Ekuiti

Saham Asia Dibuka Sedikit Tinggi Selepas Dolar Menjunam Pada Sesi Yang Lalu

Saham Asia Dibuka Sedikit Tinggi Selepas Dolar Menjunam Pada Sesi Yang Lalu

Saham Asia naik di sesi Asia dengan fokus terhadap ribut taufan baru yang melanda US, serta dolar yang jatuh mendadak selepas Presiden ECB, Mario Draghi menyatakan bank pusat akan mula mengurangkan program ransangannya pada musim luruh nanti.

Indeks saham terbesar Asia Pasifik, MSCI di luar Jepun naik 0.1%, namun masih jatuh 0.2% minggu ini.

Saham Nikkei Jepun pula ditekan dengan yen yang menguat, susut 0.5%, kerugian 2% minggu ini.

Wall Street berakhir dengan sedikit perubahan pada hari Khamis yang lalu, ketika pelabur masih meneliti perkembangan ribut taufan Irma yang telah melanda Florida, selepas ribut Harvey keluar daripada Texas

Penganalsisi mengatakan, Harvey akan menjadi penghalang kepada perkembangan ekonomi US bagi suku tahun ketiga. Namun begitu, Fed di jangka tidak akan menangguhkan pengumaman untuk mengurangkan pegangan bon berjumlah $4.2 trillion pada mesyuart hujung bulan ini.

Ribut Harvey telah menyebabkan tuntutan pengangguran US meningkat ke paras tertinggi dua tahun yang lalu, walaupun pasaran buruh sedang mengukuh ketika ini.

Ketua pelaburan di  U.S. Bank Private Client Group, Helena, Bill Northey berkata, “Situasi ekonomi  menunjukkan perlunya kepada normalisasi penyata imbangan, namun inflasi masih rendah dan kita dapat lihat tidak banyak data-data yang menunjukkan perubahan tersebut”.

Presiden Fed cawangan New York, William Dudley pula berkata pada Khamis di US (jam 7 pagi Malaysia), bank pusat perlu meneruskan kenaikan kadar beransur-ansur kerana inflasi akan meningkat disebabkan oleh pendapatan yang meningkat dan kadar pengangguran yang rendah.

 

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!