Share This Post

Saham/Ekuiti

Saham Asia Meningkat, Kerosakan Irma Tidak Seburuk Yang Dijangka

Saham Asia Meningkat, Kerosakan Irma Tidak Seburuk Yang Dijangka

Saham di Asia meningkat pada hari Isnin dengan para pelabur terus optimis apabila jangkaan impak kerosakan daripada Irma di Florida tidak seburuk yang disangka, dan Goldman Sachs hanya mengurangkan jangkaan kenaikan KDNK suku tahun ketiga mereka sebanyak 1% berikutan impak daripada ribut Harvey.

Nikkei Jepun melonjak 1.44%, KOSPI Korea Selatan juga naik 0.79%. Saham Australia ASX 200 naik 0.78%.

Di China, Indeks Hong Kong meningkat 0.99% dan indeks komposit Shanghai juga naik 0.13%

Menurut laporan berita Yonhap,  pengeluar automotif Korea Selatan, Hyundai Motor dan Kia Motor mungkin tidak akan mencapai sasaran jualan mereka bagi tahun 2017. Pengeskport dari Korea Selatan dihimpit isu diplomatik dengan China berikutan penggunaan sistem pertahanan anti-peluru berpandu mereka. Saham Hyundai dan Kia masing-masing turut 0.74% dan 0.94% menutup kenaikan di awal pembukaan pasaran hari ini.

Di China pula, People Bank of China (PBOC) ingin meringankan keperluan institusi kewangan dalam menentukan risiko rizab tukaran asing pada dagangan hadapan Yuan. Matawang Yuan kini telah menutup semua kejatuhan pada tahun 2016 berbanding dolar US ke paras 6.4997 satu dolar. Pencapaian ini adalah yang pertama apabila yuan kekal di bawah paras 6.5 sejak May 2016.

Yuan yang menguat membantu meningkatkan pelaburan asing serta pembelian komoditi dalam dolar.

Minggu lepas, saham US secara keseluruhannya ditutup rendah pada Jumaat, ditekan oleh kejatuhan dalam sektor tenaga selepas harga minyak jatuh apabila ribut Irma menghampiri Florida, dan jangkaan terhadap kenaikan kadar faeadah US tahun ini juga semakin pudar, menjadi penghalang kepada kenaikan harga saham.

Dow Jones tutup tinggi pada 21,792. S&P 500 pula tutup 0.15% lebih rendah, dan Nasdaq jatuh 0.59% kepada 6360.19

 

Share This Post