banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Saham Samsung Jatuh Mendadak Setelah Mengumumkan Untuk Menamatkan Pengeluaran Note 7!

Saham Samsung Jatuh Mendadak Setelah Mengumumkan Untuk Menamatkan Pengeluaran Note 7!

Samsung Electronics Co. akhirnya memutuskan untuk menamatkan pengeluaran Galaxy Note 7 yang dilanda masalah sebelum ini. Kenyataan drastik itu sekali gus menamatkan tanda tanya pembeli terhadap status model tersebut yang mendatangkan kegusaran buat pemilik syarikat terbesar di South Korea itu.

Samsung telah pun menarik balik kesemua model Note 7 sejak model tersebut dilaporkan meletup sebelum ini.

Krisis yang berlaku ini telah memaksa Samsung untuk mengenalpasti punca sebenar masalah. Perkara itu juga telah mencalarkan sedikit reputasi Samsung kerana syarikat yang begitu terkenal dalam pembuatan telefon pintar ini tidak mungkin boleh terlepas pandang sehingga menimbulkan masalah yang agak kritikal.

telegram-moshed

Samsung pada awalnya menyalahkan pembekal utama bateri yang digunakan oleh model Note 7. Kemudian, isu tuding menuding itu beralih pula kepada sebuah syarikat alternatif yang lain. Pun begitu, masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan.

Memetik kenyataan seorang penganalisis di Hong Kong, Mark Newman, Samsung perlu bertindak pantas bagi melindungi imej dan jenama mereka. Justeru, tindakan menarik keluar model tersebut dianggap langkah yang bijak bagi menjaga reputasi mereka.

Saham Samsung Electronic jatuh 8%, yang bernilai kira-kira $17 billion semalam. Setelah pengumuman dibuat, saham Samsung menjunam lagi sebanyak 9.9%.

saham-samsung

Saham Samsung jatuh mendadak selepas pengumuman dibuat. Sumber : Bloomberg.

Syarikat itu walau bagaimanapun tidak mengumumkan jumlah sebenar telefon yang terjejas dan ganti rugi akibat pembatalan itu. Namun, penganalisis menganggarkan nilai kerugian diantara $1 billion hingga $2 billion.

Pengumuman rasmi di laman web Samsung Malaysia

Pengumuman rasmi di laman web Samsung Malaysia

Menurut salah seorang penganalisis di Nomura Holdings pula, Samsung bakal kehilangan kira-kira $5 billion dalam keuntungan operasi keseluruhan menjelang 2017.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register