728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Saham Syarikat Ini Tiba-Tiba Meroket Disebabkan Penularan Virus Zika!

Saham Syarikat Ini Tiba-Tiba Meroket Disebabkan Penularan Virus Zika!

Saham Top Glove Corp Berhad melonjak sebanyak 16 sen atau kira-kira 3.5% selepas jangkaan permintaan yang tinggi bagi sarung tangan getah selepas virus Zika dilaporkan dikesan di Malaysia dan Singapura.

Di Bursa Malaysia, saham syarikat ini antara kaunter yang mencatat peningkatan tertinggi hari ini kepada RM4.76. Pada awal pagi tadi, saham ini memperoleh keuntungan RM4.71, dan kira-kira 6 juta saham diniagakan.

Dengan rekod keuntungan sebanyak RM4.71, market value syarikat tersebut bernilai RM5.85 bilion.

Reuters melaporkan bahawa Malaysia bersedia untuk menghadapi penularan wabak ini selepas berjaya mengesan kes pertama sebelum ini.  Selepas bergelut dengan wabak denggi, virus zika dikatakan satu lagi virus bawaan nyamuk yang boleh membawa maut.

Zika dikatakan membawa risiko besar khususnya kepada wanita hamil dari nyamuk Aedes aegypti yang biasanya membiak di kawasan yang beriklim tropika, termasuk Malaysia. Setakat ini, negara jiran, Singapura telah melaporkan lebih 200 kes Zika di negara terbabit.

Saham Top Glove mendapat perhatian hari ini selepas analisa teknikal pasaran saham syarikat tersebut.

Dalam satu analisa hari ini, Bank Pelaburan Public Bank Sdn Bhd menguatkan sentimen ‘buy’ bagi saham ini dengan sasaran harga sebanyak RM5.10 dan garisan support pada nilai RM4.35.

Saham yang didagangkan kira-kira 2.9 juta selama purata 14 hari.

‘Gambar Keluarga’ Dari Persidangan G-20 Ini Menggambarkan Ketegangan dan Masalah Yang Dihadapi Oleh Pemimpin-Pemimpin Paling Berkuasa Di Dunia

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register