Share This Post

Forex dan Komoditi / GBP/USD / Sesi Eropah

Saksikan Lonjakan Matawang Ini Dalam Sesi Dagangan Ini!

Saksikan Lonjakan Matawang Ini Dalam Sesi Dagangan Ini!

Pound meningkat ke paras yang tinggi dalam tempoh 2 minggu berbanding US Dollar pada Khamis, berikutan data jualan runcit UK yang positif. Sementara itu keputusan minit mesyuarat terkini Fed secara tidak langsung menjejaskan momentum US Dollar.

GBP/USD mencecah angka 1.3157 semasa sesi dagangan Eropah sekali gus menjadi pair yang tertinggi sejak 5 Ogos lalu.

GBP/USD, 15 minit

GBP/USD, 15 minit

Pejabat Statistik Kebangsaan UK berkata, jualan runcit meningkat 1.4% pada bulan Jun.

Data jualan runcit teras tidak termasuk jualan kereta pula meningkat 1.5% pada bulan lepas.

Disamping itu, matawang Amerika pula terus menerima tekanan selepas minit mesyuarat dasar Fed untuk bulan Julai tidak menampakkan hala tuju yang jelas mengenai dasar Fed bagi bulan-bulan yang akan datang.

Sterling juga lebih tinggi berbanding euro, dengan EUR/GBP menurun 0.53% kepada 0.8613.

EUR/GBP, 15 minit

EUR/GBP, 15 minit

Sebenarnya selain wang, ada lagi ganjaran lain yang boleh anda peroleh sebagai seorang trader. Nak tahu, klik pautan ini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register