Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Sangat Penting Untuk Anda Tahu Situasi Terkini ‘Balance Sheet’ Fed Sebelum News FOMC!

Sangat Penting Untuk Anda Tahu Situasi Terkini ‘Balance Sheet’ Fed Sebelum News FOMC!

Dalam minit mesyuarat dasar FOMC baru-baru ini, ahli-ahli FOMC telah meninggalkan pasaran dengan persoalan yang besar mengenai hala tuju Fed yang selanjutnya dalam membantu menstabilkan ekonomi. Jika diteliti secara umum, selain perancangan kenaikan kadar, kebanyakan ahli juga cenderung untuk menyaksikan perubahan dalam dasar pelaburan iaitu penstrukturan semula balance sheet.

Namun, masih ramai sebenarnya yang tertanya-tanya struktur sebenar balance sheet Fed, kan?
Apa yang perlu diubahsuai?
Adakah nilai balance sheet Fed ini terlalu besar?

Sebenarnya, penstrukturan semula dan dasar pelaburan semula ini akan melibatkan proses di mana Fed akan melepaskan sejumlah besar bon-bon dan sekuriti kerajaan (government securities) yang terkandung di dalam balance sheet Fed. Fed memulakan dasar ini sebagai salah satu daripada program pelonggaran kuantitatif pada tahun 2008 bagi membantu ekonomi Amerika Syarikat bangkit daripada kemelesetan besar-besaran (Great Depression) pada ketika itu.

Stuktur Balance Sheet Fed. Sumber : Federal Reserves.

Persoalannya, kenapa sebelum ini Fed memilih untuk membeli sekuriti?

Dalam usaha untuk menyelamatkan sistem kewangan yang sedang berada di dalam tekanan yang besar selepas kejatuhan Lehman Brothers sewaktu kemelesatan, Fed telah mula untuk membeli instrumen fixed income securities (bon) dalam kuantiti yang besar memandangan kecairan sedia ada masih tidak mencukupi buat ekonomi untuk terus bertahan.

Kadar faedah AS yang ketika itu diletakkan sekitar sifar peratus juga tidak memberi ruang selanjutnya bagi Fed dalam merangsang ekonomi. Justeru, program pelonggaran kuantitatif seperti ini diwujudkan.

Antara instrumen yang diperkenalkan termasuklah sekuriti yang disokong oleh kerajaan persekutuan *(US government-backed Treasuries) dan mortgage-backed securities.

Pada Januari 2008, balance sheet Fed berjumlah $147 Billion, meningkat kepada $864 Billion pada januari 2009 dan meroket kepada $4.4 Trillion dan berterusan meningkat sehingga kini. Peningkatan ini sebenarnya yang menjadi kebimbangan buat ahli FOMC, bahkan Fed juga mempunyai jumlah balance sheet yang tertinggi di dunia!

Bertitik tolak dari itu, pada bulan Ogos 2013, Fed mula mengurangkan pembelian sekuriti dan hanya melakukan pelaburan semula dari hasil bon yang matang ketika itu.

Jadi, ahli FOMC pada ketika ini mula merasakan mereka perlu merencanakan satu pelan bagi mengembalikan balance sheet mereka kepada paras yang normal memandangkan ekonomi sudah bertambah pulih.

Ini sebenarnya maksud disebalik term ‘shrinking the balance sheet’ yang terkandung di dalam minit mesyuarat Mac yang lepas sehingga menyebabkan pasaran panik seketika disamping menilai hala tuju Fed ketika pembentangan tersebut.

Jadi, semoga semua persoalan yang berlegar-legar di minda anda terjawab dengan rungkaian terperinci di dalam artikel ini. Stay tuned dengan lebih banyak perkongsian lagi!

Perincian maksud :
*US government-backed Treasuries– bon yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan janji pembayaran balik apabila tempoh matang. Sekuriti kerajaan seperti bon dan bil perbendaharaan ini juga disertakan dengan bayaran manfaat kepada pemegangnya dan dianggap berisiko rendah atau hampir tiada risiko kerana disokong oleh kerajaan.

 

Dapatkan buku analisis fundamental untuk analisis yang lebih mantap!!

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!