Sapa Lagi Nak Tahu Cara Trade ‘NEWS NFP’ Malam Ini? Cepat Buat Persiapan

0 2,618

Seperti biasa kami akan kongsikan kepada anda cara-cara nak trade News NFP pada setiap awal bulan. Sebut pasal NFP, semua tahu ke NFP tu apa? Ok, NFP adalah Non-Farm Payroll iaitu data pekerjaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada Jumaat pertama setiap bulan.

Jabatan Buruh Amerika Syarikat akan mengeluarkan 3 data pekerjaan utama iaitu:

  1. Average Hourly Earnings (Purata gaji per jam)
  2. Non-Farm Employment change, NFP (Perubahan pekerjaan bukan perladagan)
  3. Unemployment Rate (Kadar pengangguran)

Walaupun, ada tiga data yang dikeluarkan, tetapi trader-trader lebih suka menyebut ia sebagai data NFP. Ada cerita di sebalik kenapa trader biasanya menyebut ia sebagai NFP walaupun ia bukanlah data paling penting, tapi saya tak nak cerita pasal ni. Kita akan fokus terus macam mana nak trade data ini selepas dikeluarkan.

Pertama sekali anda perlu tentukan data manakah yang paling penting daripada ketiga-tiga data di atas. Ok, turutan data mengikut keutamaan adalah bermula dengan Average Hourly Earnings diikuti data NFP dan seterusnya Unemployment Rate.

Kenapa data Average Hourly Earnings yang paling penting?

Sebab, ini adalah data yang menjadi tumpuan bank pusat Amerika Syarikat (The Fed). Kerana data ini dilihat sebagai proksi kepada data inflasi, di mana apabila kadar gaji meningkat akan menyebabkan inflasi turut naik.

Jika data sebenar Average Earnings melebihi jangkaan, ia adalah bagus kepada US dollar dan akan menyebabkan kenaikan matawang ini. Jika sebaliknya berlaku di mana data sebenar kurang daripada jangkaan, ia akan menyebabkan US dollar melemah.

Ok, kedua adalah data NFP (Non Farm Payroll atau Non farm employment change) iaitu perubahan jumlah pekerjaan di Amerika Syarikat sama ada bertambah atau berkurang. Biasanya kita akan membandingkan bacaan SEBENAR dengan JANGKAAN. Jika bacaan sebenar lebih tinggi daripada jangkaan, ia adalah bullish kepada US dollar.

Ketiga, adalah data kadar pengangguran iaitu peratusan pekerja yang menganggur. Jika data ini berkurangan, ia adalah baik kepada ekonomi dan baik kepada US dollar. Begitu juga sebaliknya.

Cara nak trade semasa NFP dikeluarkan

Saya nak tegaskan di sini, kita akan trade selepas data dikeluarkan. Tak ada istilah market dah jalan, sebab kita perlu kumpul maklumat dan analisis dahulu data yang dikeluarkan. Ya, memang kena cepat analisis, kalau tak memang kita tak sempat nak masuk position. Anda perlu fokus, dan pantas buat keputusan yang tepat. Ya! Kena cepat.

Ok, kita ambil contoh data NFP yang akan dikeluarkan pada malam ini (4 Mei 2018).

Ok, macam yang saya katakan tadi kita trade NFP selepas data dikeluarkan. Jadi, DATA YANG MACAM MANA KITA NAK TRADE?

Berikut adalah apa yang perlu kita buat selepas data dikeluarkan dengan mengambil contoh USD/JPY:

Buy USD/JPY

  • Jika data Actual Average Earnings MELEBIHI data Forecast. Contoh, 0.30% > 0.20%
  • Jika data Actual NFP MELEBIHI data Forecast. Contoh, 200k > 190k

Tapi biasanya kita tak sempat masuk position kalau kombinasi data adalah seperti ini kerana USD biasanya naik mendadak.

Sell USD/JPY

  • Jika data Actual Average Earnings KURANG DARIPADA data Forecast. Contoh, 0.10% < 0.20% ATAU 0.0% < 0.20%
  • Jika data Actual NFP KURANG DARIPADA data Forecast. Contoh, bacaan yang kurang daripada 190k.

Tapi biasanya kita tak sempat masuk position kalau kombinasi data adalah seperti ini kerana USD biasanya akan jatuh mendadak.

Jadi, kita akan tumpukan kepada jenis kombinasi data seperti di bawah:

Buy USD/JPY semasa spike ke bawah

  • Jika data Actual Average Earnings MELEBIHI data Forecast. Contoh, 0.30% > 0.20%, tetapi dengan kombinasi data Actual NFP KURANG DARIPADA data Forecast. Contoh, bacaan yang kurang daripada 190k lebih-lebih lagi di bawah 150k.
  • Tunggu semasa USD/JPY spike ke bawah, dan secara pantas Buy pada dari paras terendah yang ia capai. Dah dapat 50 pip tu cabut je. 

Sell USD/JPY semasa spike ke atas

  • Jika data Actual Average Earnings KURANG DARIPADA data Forecast. Contoh, 0.10% < 0.20%, tetapi dengan kombinasi data Actual NFP MELEBIHI data Forecast. Contoh, 250k > 190k
  • Tunggu semasa USD/JPY spike ke atas dan secara pantas Sell dari paras tertinggi yang ia capai. Dah dapat 50 pip tu cabut je.

Diingatkan sekali lagi kepada semua trader yang mahu menggunakan cara ini, ANDA PERLU PANTAS MENGANALISIS selepas data dikeluarkan. Bagi yang kurang yakin, cuba dahulu dalam akaun demo.

NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL LEBIH BANYAK LAGI?

Anda perlu dapatkan Buku Analisis Fundamental Untuk Forex Trader – KLIK SINI

Ini juga adalah supaya anda faham tentang intipati artikel yang disiarkan di Moshed.com setiap hari. Ilmu ini anda perlukan untuk faham pasaran forex dari sudut yang berbeza.

Buku ini juga berdaftar dengan Perpustakaan Negara dan mempunyai nombor ISBN. Rare betul buku forex masuk perpustakaan negara. He he!

Saya cadangkan anda cepat-cepat klik info lanjut di bawah dan baca sampai habis ya!

Info lanjut > Buku Analisis Fundamental Untuk Forex Trader – KLIK SINI

Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan membaca Moshed.com

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa