Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Sasaran Inflasi Jepun Dianggap Keterlaluan! : Masamichi Adachi

Sasaran Inflasi Jepun Dianggap Keterlaluan! : Masamichi Adachi

Keputusan Gabenor Haruhiko Kuroda yang menetapkan sasaran inflasi Jepun pada nilai 2 peratus pada September lalu telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pemerhati dasar monetari di Jepun.

Syarikat pengendali pasaraya terbesar Jepun seperti Aeon, Mister Donut dan Wal-Mart telah memotong harga barangan mereka sejak Kuroda mengumumkan dasar tersebut. Hal ini kerana sasaran itu dikatakan akan memberi tekanan serta melemahkan perbelanjaan pengguna di Jepun. Berdasarkan laporan kerajaan pada Jumaat, data harga pengguna di Jepun menunjukkan penurunan bagi bulan kelapan berturut-turut pada bulan Oktober.

Kata Masamichi Adachi, ahli ekonomi senior di JPMorgan Chase & Co BoJ seakan mustahil untuk mencapai sasaran inflasi mereka kerana kadar 2 peratus dianggap keterlaluan. Hala tuju BoJ ini juga seakan sukar difahami oleh pengguna biasa.

Sebelum ini, Kuroda turut berkata bahawa beliau akan meneliti isu pembayaran gaji kerana pertumbuhan gaji yang lemah akan menghalang usaha kerajaan bagi menjana inflasi. Ia adalah penting bagi semua syarikat di Jepun untuk menetapkan gaji selari dengan sasaran inflasi sebanyak 2 peratus.

Menurut satu ramalan Dai-ichi Life Research Institute dalam laporan bulanannya, gaji pokok, tidak termasuk bonus akan dinaikkan tahun ini. Hal ini juga akan meningkatkan kuasa membeli pengguna sekali gus menggalakkan syarikat-syarikat untuk bersaing setelah menurunkan harga jualan.

Antara syarikat utama yang telah mengurangkan harga jualan termasuklah:

1. Mister Donut iaitu kedai donut utama di Jepun mengumumkan penurunan harga terhadap 35 jenis donut dan produk-produk lain dengan pengurangan 10 hingga 30 yen.

2. Pengendali pasaraya Aeon Co. mula menurunkan harga barangan peribadi bermula bulan ini, menurut jurucakap syarikat tersebut.

3. Wal-mart mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan harga bagi 566 barangan yang dijual di Pasaraya Seiyu, dengan pengurangan harga paling besar dalam sejarah iaitu sebanyak 34 peratus.

4. Pemilik kedai Ryohin Keikaku Co. sedang menimbangkan pengurangan harga daripada harga keseluruhan syarikat.

 

Strategi pengurangan harga ini melegakan kebanyakan peruncit. Kata Masato Nonaka, Presiden Shimamura Co dalam satu temu bual bulan ini mengatakan bahawa hal ini banyak membantu peruncit di Jepun. Syarikat tersebut merupakan rangkaian pakaian kedua terbesar di negara ini.

Peneraju pakaian Uniqlo pula dikatakan kehilangan ramai pelanggan yang mempunyai bajet rendah semenjak syarikat itu menaikkan harga tahun lalu. Mereka juga dijangka akan menawarkan produk yang lebih murah.

Pasaran Minyak Mentah Seakan Kaku Untuk Bergerak Dalam Sesi Ini!

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!