Share This Post

Broker Review / FBS Inc / Isu Forex Malaysia

Saya Terima Email Ini Yang Menceritakan Beliau Kecewa Dengan Forex Broker

loss-dalam-forex-trading

Saya ada terima email daripada seorang trader. Dia beritahu yang dia agak kecewa dengan broker forex yang beliau trade (tak perlu beritahu sini rasanya). Selama ini dia trade sorang-sorang direct dengan broker. Kaji dari internet sendiri-sendiri, belajar sendiri-sendiri, tanpa rakan-rakan traders. Kadang-kadang untung. Kadang-kadang rugi. Biasalah tu. Tetapi dia baru dapat tahu yang forex broker juga ada main peranan, tawar macam-macam promosi, keistimewaan kepada pelanggan untuk support forex traders. Dia dapat tahu lepas baca dari blog MoshedFX.com

Dia kata sebelum ini dia trade dengan broker lama tersebut, satu apa program pun tak pernah ada. Promosi pun tak ada. Tak ada support pembelajaran, macam aktiviti seminar, promosi, bonus dan sebagainya. Deposit withdraw, deposit, kena margin call. Yang tu sahaja. Lepas stop out, broker akan call buat mesra, tanya-tanya bila nak deposit balik.

telegram-moshed

Lepas dah baca blog ini, dia baru tahu yang broker forex juga perlu ada give and take, berikan tawaran untuk bantu trader dan mungkin kongsikan keuntungan sebab setia langgan servis daripada mereka. Contoh macam promosi bonus ke, aktiviti seminar ke, support melalui berikan self rebate ke atau apa-apa sahaja tanda menghargai pelanggan setia mereka.

Saya tanya beliau, dah berapa banyak dia deposit. Dia cakap dah lebih 2 tahun trade forex, mungkin dah dekat 10,000 USD deposit. Tetapi beliau cakap buat masa sekarang, tahap dia deposit dan withdraw masih sama banyak, jadi maksudnya keuntungan masih belum stabil, tetapi tak adalah rugi banyak dalam forex. Dia tak kisah bab tu, janji belajar. Dia nak saya recommend, broker apa yang berikan banyak promosi, at least beliau dapat juga apa-apa ganjaran atas kesetiaannya walaupun belum dapat untung.

Saya cakap pada dia, boleh pilih Broker FBS Inc. Sebab kalau dia selesa trade dengan broker ini dan setia trade di FBS Inc, dia mungkin boleh dapat Apple iPhone 6. Ya lah, daripada trade tak dapat apa langsung. Di FBS Inc boleh juga dapat ganjaran kesetiaan anda tu. Ramai yang trade lama, mungkin hampir 2-3 tahun trading. Dan sudah beribu-ribu deposit, lot pun dah beratus-ratus lot, tetapi forex broker yang mereka langgan servisnya layan nak tak nak sahaja.

FBS-malaysia-forex-broker

Broker FBS ada ganjaran “Lot of Apples”, secara syarat yang saya tahu, jika deposit terkumpul anda sudah melepasi USD5,000 dan trade lot anda terkumpul anda melebihi 500 lot, anda akan dapat ganjaran kesetiaan anda berupa iPhone 6 Percuma. Katakan anda nak deposit sekitar USD5,000 juga, boleh terus apply untuk dapatkan promosi ini. Dengan syarat anda tak pernah ambil promosi lain seperti bonus 100% dan lain-lain.

Sesetengah orang tak suka promosi-promosi bonus atau yang lain, tetapi nakkan ganjaran atas kesetiaan bersama broker, boleh cuba di FBS Inc. Bagaimana kita trade pun, perlukan broker forex untuk handle urusan trading kita, betul tak? Jadi pilihlah yang terbaik dan dapat kongsi manfaat bersama. Syarat lanjut “Promosi A Lot of Apples FBS” boleh baca di sini. 

Nanti saya cuba minta broker-broker yang berikan support dan service baik kepada rakan-rakan traders yang sentiasa follow Blog MoshedFX.com ini supaya ambil berat kepada semua trader di Malaysia, dan juga berikan banyak lagi manfaat kepada semua. Barulah win-win situation. Betul tak ?

Nota : Saya bukan IB FBS, tetapi hanya berkongsi bersama anda apa yang saya rasakan bermanfaat.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register