banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

“Saya Tidak Akan Menyerah Kalah!” : Menteri Kewangan UK

“Saya Tidak Akan Menyerah Kalah!” : Menteri Kewangan UK

Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond memberitahu Perdana Menteri Britain, Theresa May bahawa dia tidak akan sesekali meninggalkan kerajaan walaupun berlaku perpecahan dalam kalangan menteri kanan May.

Beberapa akhbar UK sebelum ini melaporkan percanggahan pendapat yang jelas di antara ahli-ahli kabinet Theresa May. Akhbar Daily Telegraph juga melaporkan bahawa sebelum ini Hammond dikecam oleh rakan-rakannya kerana menetapkan langkah bagi mengawal imigran.

May dilihat meletakkan kepercayaan penuh kepada Hammond bagi menjayakan programnya untuk secara rasminya meninggalkan EU.

Menurut The Telegraph, Hammond mengatakan kepada May bahawa dia akan menjelaskan hakikat ekonomi UK selepas keluar dari referendum.

Selepas undi keluar yang dibuat pada 23 Jun lalu, Britain mengalami kegawatan ekonomi yang dianggap paling teruk semenjak Perang Dunia Kedua. Matawang negara itu juga mengalami kejatuhan terbesar berbanding Dollar.

Perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan menteri-menteri UK telah menimbulkan pergeseran pandangan dalam kalangan pegawai kanan dan menteri-menteri.

Theresa May juga sebelum ini mengkritik penetapan kadar faedah pada tahap rendah oleh bank pusat. Sebagai orang yang bertanggungjawab dengan keputusan itu, Gabenor Bank of England, Mark Carney pada Jumaat membidas kembali kritikan dengan mengatakan bahawa beliau tidak memerlukan orang yang berlatarbelakang politik untuk mengajarnya menjalankan tugas.

Bank-Bank Eropah Perlu Berkerja Keras Bagi Memulihkan Luka Brexit!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register