Schultz CEO Starbucks Meletak Jawatan Selepas 36 Tahun Berkhidmat

0 365

Howard Schultz, ketua pegawai eksekutif Starbucks akan meninggalkan syarikat minuman itu pada bulan ini. Hal ini diumumkan sendiri oleh Starbucks pada Selasa sekaligus mengakhiri khidmatnya di syarikat itu sejak 36 tahun yang lepas.

Dalam temubual bersama The New York Times, beliau menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon presiden Amerika Syarikat di masa hadapan.

“Saya mahu berlaku jujur kepada kamu tanpa mencipta tajuk yang spekulatif,” kata beliau. Sejak dua menjak ini, saya amat bimbang dengan negara kita di mana kita seakan terpisah di dalam negara dan juga di dunia.”

Schultz, 64 adalah seorang ketua korporat yang lantang bersuara tentang politik di Amerika Syarikat dan pernah dikaitkan sebagai calon parti Demokrat.

Beliau mengiktiraf Hillary Clinton sebagai calon presiden pada 2016 dan pernah mengkritik Presiden Trump pada tahun lalu yang bertindak racist.

Schultz banyak memberi pendapat tentang aspek perkauman dan Starbucks sendiri telah mengambil pendirian yang progresif terhadap isu sosial termasuk perkahwinan sejenis, imigrasi dan halangan kemasukan pendatang islam ke Amerika Syarikat. Tahun lalu, syarikat ini telah merancang untuk mengambil 10,000 pelarian untuk bekerja dalam tempoh lima tahun akan datang.

Starbucks juga dikenali sebagai pelopor kepada faedah pekerja di bawah Schultz. Sejak 1988, Starbucks telah menawarkan penjagaan kesihatan kepada pekerja sepenuh-masa dan sambilan.

Schultz melihat pertumbuhan Starbucks yang memberangsangkan sejak 35 tahun yang lalu. Ia telah berkembang daripada hanya 11 kedai pada awal 1980-an kepada sehingga 28,000 kedai di 77 buah negara dengan nilai pasaran mencecah $78 billion.

Schultz bermula pada 1982 dan berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif dari tahun 1987 hingga 2000 dan sekali lagi menjawat jawatan itu pada 2008 sehingga 2017. Beliau meninggalkan Starbucks yang kini telah dikenali dan menjadi antara minuman kegemaran di seluruh dunia.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa