Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Sebelum FOMC, News Daripada BoJ Terlebih Dahulu Ya. Jangan Terlepas.

Sebelum FOMC, News Daripada BoJ Terlebih Dahulu Ya. Jangan Terlepas.

Bank of Japan juga akan mengumumkan dasar kewangan mereka pada minggu hadapan selain daripada konferens FOMC oleh Federal Reserve.

Bank of Japan bercuti pada hari isnin dan akan kembali beroperasi pada selasa dan akan kembali bercuti pada hari khamis.

Kerajaan Jepun tanpa henti melaksanakan program rangsangan ekonomi mereka namun momentum yang ada sangat kecil.

Data ekonomi yang terbaru melihatkan kesan negatif makin bertambah dan BoJ berkemungkinan besar akan membincangkan rate negatif.

Lebih banyak perkara yang perlu dilaksanakan oleh BoJ namun dilihat sangat terhad dan setakat ini campur tangan ke atas matawang Yen masih lagi belum dibincangkan secara serius.

Kebarangkalian Bank of Japan untuk mengekalkan keadaan dasar sekarang adalah tinggi namun mungkin ada perubahan dari segi operasi membeli bond.

Selain daripada itu mereka juga akan memberi perhatian kepada matlamat inflasi. Semua perubahan ini tidaklah memberi impak yang besar dan Yen dilihat akan melemah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register